Rapper dan penyanyi, Altimet memaklumkan dia amat berbesar hati untuk menyumbang sebuah van milik syarikat perusahaannya untuk diubah menjadi ambulan.

Jelas Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, usaha tersebut dibuat hasil kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) One Nation.

“Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k

“Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubahsuai van saja menelan belanja hampir 6 angka. Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir rm200k.

“Minggu lepas saya menyerahkan van syarikat saya utk diubahsuai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans. Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet,” tulisnya.

Perkhabaran mengenai usaha murni itu dikongsikan Altimet menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet)

IKLAN

Penyanyi lagu Kalau Aku Kaya ini turut menjelaskan, segala kos untuk ubah suai van tersebut akan ditanggung One Nation menerusi wang sumbangan orang ramai.

“Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k “Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k

“Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans.

“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka. Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afeen yang benar-benar memerlukan,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Altimet turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang selain turut mendoakan semoga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k

Bagaimanapun, Altimet menjelaskan dia bersama pihak One Nation masih lagi kekurangan dana sekitar RM35,000 bagi memastikan misi ini dapat dirialisasikan.

IKLAN

“Kami kekurangan sekitar RM35 ribu sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma, mengambil berkat Hari Jumaat. Pahala berganda!,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan Altimet selain berharap agar misi tersebut dapat berjalan lancar.

“Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k “Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k

Bagi yang ingin menderma, anda boleh menyalurkan sumbangan anda menerusi akaun Maybank Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation Centre) bernombor 564726684086 atau hubungi +6014 395 5050 (Hotline) untuk sebarang pertanyaan.

“Semoga Pahala Anda Laju Mengalir Sederas Roda…,” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans, Dedah Masih Kurang Dana RM35k

Foto: Instagram Altimel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI