Pelakon, Ashraf Muslim meluahkan rasa bangga saat melihat para pelajar Maktab Tentera DiRaja memalukan sujud syukur sebaik sahaja selepas tamat menduduki kertas akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

Jelas Ashraf, mereka semua sudah berusaha dengan sebaiknya dan kini mereka hanya perlu berserah kepada yang maha Esa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Assalamualaikum and good morning guys! Mulakan dengan baik, insyaAlah akan berakhir dgn baik. Mulakan dengan niat yang baik dan berakhir dengan tanda syukur pada Allah.

“Kita dah belajar, dah usaha, dah buat macam-macam untuk berjaya dan terakhir kita serahkan kepada Allah swt. Bersedia untuk redha dengan apa sahaja keputusan Allah yang Maha Mengetahui. InsyaAllah,” tulisnya.

IKLAN

“Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja “Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Aku Bukan Dara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Ashraf yang juga merupakan bekas pelajar di maktab tersebut turut menambah, segala perancangan telah diatur dengan baik oleh Allah SWT dan sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

IKLAN

“Allah tidak akan menghampakan kita, cuma perlu sabar kerana nikmat Allah itu pasti datang.

“Congratulations boys! You make us proud of you all. Terima kasih cikgu! InsyaAllah doa cikgu Piji akan Allah makbulkan. Amin,” katanya lagi.

IKLAN

“Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja “Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa agar semua pelajar dapat menjadi insan yang berguna.

“Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja “Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja “Kita Dah Belajar, Dah Usaha, Dah Buat Macam-Macam…,” – Sujud Syukur Habis Duduki SPM, Ashraf Muslim Puji Semangat Pelajar Maktab Tentera Diraja

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI