Bukan satu perkara mudah bagi setiap ibu bapa yang memiliki anak menghidap Autism dan itulah yang dilalui pelakon senior, Zarina Zainuddin.
Menerusi akaun media sosial Instagram, Zarina ada menitipkan kata ucapan bersempena Hari Autism Sedunia yang disambut pada tanggal 2 April setiap tahun.
Pelakon berusia 49 tahun ini mendoakan agar setiap ibu bapa yang memiliki anak istimewa itu untuk sentiasa tabah dan kuat mengharungi ujian kehidupan.
“Selanat hari Autism Sedunia Tak tahu nak cakap apa dah.
Ads
“Semoga mereka yang ada anak anak autism terus tabah dan kuat #autism #autismawareness #azilazal,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap Autism iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Video: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, ada juga yang meluahkan rasa khuatir dan bimbang apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19.
Lalu, Azar Azmi ada memberi kata nasihat bersama pengikutnya di Instagram mengenai soal rezeki.
Kongsi bintang drama bersiri Nur 2 ini, setiap orang harus meletakkan kepercayaan kepada rezeki yang telah ditentukan Yang Maha Esa.
“Tapi sebenarnya korang kena percaya dan yakin sebab rezeki tu ada dimana-mana, jangan serabut korang kena bersyukur dan bukan mengelupur, ingat!
“Jadi kepada sesiapa Azar harap sangat kita kongsi info ini yang akan menjadi ilmu untuk dikongsikan kepada semua orang,” katanya menerusi InstaStories miliknya.
Untuk rekod, Azar merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Neelofa, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan ramai lagi.
Video: Instagram Azar Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fatin Afeefa dilihat ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram yang menjadi perhatian ramai.
Dikongsi pada Ahad, foto tersebut memaparkan diri Fatin Afeefa sedang berendam dalam sebuah tab mandi dan mendapat hampir 83,000 tanda suka setakat ini.
Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada entri berkenaan telah disekat oleh bintang Tentang Bulan ini.
“Minding my own business, as always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bintang media sosial, Farah Lee ada memberikan pandangannya sendiri perihal sisi positif yang boleh diambil menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu ketiga perlaksanaan.
Katanya, keberadaan satu keluarga di rumah memberi ruang buat ibu bapa di dalam memastikan solat anak-anak terjaga.
“Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah – while mereka berjemaah kat sana – dulu.
“Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang.
“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.? Ke tak.?,” jelas Farah di Instagram.
Pada masa sama, ibu tunggal beranak satu ini turut bercerita mengenai hubungan silaturrahim kepada dirinya sejak dulu hingga kini.
“Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah — ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit.
“Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak.
“Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung.
“First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah.
“Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.
“Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.
“Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan. Tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2.
“Aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah.
“Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik, still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum.
“Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai#ommabebel,” akuinya jujur.
Perkongsian darinya itu juga memberi ruang buat pengikutnya untuk memberikan pelbagai reaksi berkaitan.
Sekadar imbasan, Farah dan bekas suami, hos Ally Iskandar bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 6.
Foto: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...