Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah mengadakan satu majlis cukur jambul buat puteri sulungnya, Ana Nayla pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, kelihatan majlis yang diadakan serba ringkas itu diraikan bersama ahli keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut mengharapkan ramai agar mendoakan zuriat pertamanya itu menjadi anak solehah.
Ads
“Assalamualaikum Ana Nayla Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial. Semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua.
“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla. #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #CukurJambul #SalamMaulidurRasul,” tulisnya.
Bintang meningkat naik, Nadhir Nasar mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya para Instafamous atau personaliti media sosial ingin menceburkan diri di dalam bidang lakonan.
Menurut Nadhir yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2020, jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan kerana ia terhasil daripada usaha dan penat lelah seseorang.
“Sejujurnya saya tiada masalah sekiranya instafamous mahu menjadi pelakon. Pucuk pangkalnya, fokus stesen tv adalah bisnes dan untuk buat duit.
“Anda kena faham, bila bercerita mengenai jumlah pengikut di media sosial, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan. Itu adalah rezeki dan kerja keras seseorang.
“Macam mana seseorang itu tidak pandai berlakon tetapi dia ada jumlah pengikut sampai berjuta? Sebab mereka buat konten dan pelbagai cara untuk mendapatkan jumlah pengikut tersebut.
“Ia bukan mudah sebenarnya bagi seseorang itu mencapai ke tahap sedemikian,” katanya kepada MH.
Pelakon drama I-Tanggang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis makan malam bersama barisan peserta Hero Remaja 2021 yang berlangsung di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadhir turut berpandangan, daripada kita menghabiskan masa bergaduh sesama sendiri, adalah lebih elok sekiranya para pemain industri berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Masing-masing ada pandangan mereka sendiri. Daripada kita berdebat dan bertengkar sesama kita, kenapa tidak kita membantu menaikkan sesama sendiri.
“Isu ini dah berlarutan agak lama tetapi tiada tindakan dan kata sepakat yang dicapai. Kita tidak mula cari titik penyelesaian dan persamaan itu.
“Sebagai contoh, para Instafamous itu boleh pergi ke kelas dan belajar bersama mereka yang pandai berlakon tetapi kurang followers.
“Pada masa sama Instafamous itu juga boleh mempromosikan pelakon tersebut,” kongsinya lagi.
Dalam kembangan lain, Nadhir kini sedang memberikan sepenuh tumpuannya selaku pengacara bagi program Hero Remaja 2020 bersama gandingannya Syaza Bae.
Saksikan episod Final Hero Remaja 2021 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 6 November ini secara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Danielle mendedahkan dia kini sudah boleh mengharapkan anak lelakinya, Muhammad atau mesra disapa Che Mad untuk membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Menurut Diana, perkara berkenaan sebenarnya telah pun dipraktikkan semenjak anaknya itu menginjak usia lapan tahun.
At 8, my son is officially in charge of cooking rice, putting dishes in dishwasher, food prep & cooking simple breakfast (supervised). Yes, you can teach a boy domestic responsibility. He needs to eat too right? So he better know how to cook to survive. It aint a gender "thing"
“Pada usia lapan tahun, anak saya secara rasminya menguruskan hal-hal seperti menanak nasi, meletakkan pinggan mangkuk di tempat pencuci, menyediakan barangan masakan dan memasak menu sarapan mudah (dipantau),” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di lama Twitter.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan, perkara seperti ini sebenarnya harus dididik pada peringkat usia yang muda supaya mereka lebih faham bahawa tugas-tugas seperti bukan hanya diletakkan di bahu pihak perempuan semata-mata.
“Benar, anda semua boleh mula mengajar anak-anak lelaki tentang tanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dia juga perlu makan bukan?
“Jadi, dia perlu tahu cara memasak untuk turus survive. Hal ini bukan melibatkan soal jantina,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, sebagai lelaki, anaknya itu harus mengetahui setidak-tidaknya mengenai skill-skill asas untuk terus survive di dalam kehidupan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan Diana itu selain turut mendoakan semoga Muhammad membesar menjadi anak yang baik.
“My mom taught us this too. Dia cakap bukan anak perempuan je yang kena buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Lelaki pun kena pandai dan mesti buat semua ni.
“Ya abang-abang saya pun buat semua kerja-kerja ni.
“Soon you have to call him Chef Mad instead of Che Mad.
“Correct, cooking is basic skill.
“Yes, parenting 101,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Terdahulu, Diana dan Farid telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 November 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 8, dan Nur Aurora yang kini berusia 6 tahun.
Sumber: Twitter & Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.