Awal semalam, penyanyi Nora Ariffin ada berkongsi satu entri menerusi Instagram yang menyentuh hati netizen.
Mengucapkan dedikasi buat Allahyarham suaminya, Johan Nawawi, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27 tahun.
“9 April 2019. Our 27th wedding anniversary. Semoga kita bertemu lagi,” tulisnya ringkas.
Kini genap 25 tahun, Fikry Ibrahim merakamkan ucapan penghargaan kepada peminat atas kiriman doa sempena hari kelahirannya.
Sempat juga bersenda mengatakan umurnya masih muda walaupun tubuh berbulu…hahaha
“Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan serta mendoakan yang indah-indah sempena hari lahir yang ke 25 ini.
“Bulu saja banyak tapi umur masih muda. Agak terharu kerana walaupun kita kurang mengenali satu sama lain tapi anda tetap teguh menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” tulisnya.
Pelakon kacak ini juga berharap agar wanita comel di luar sana dapat membalas cintanya. Amboi, sempat lagi ‘pick up line’ ya.
“Semoga Allah dapat membalas jasa anda. Semoga awak yang comel tengah baca caption saya ni pula dapat membalas cinta saya.”
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi pihak lelaki bagi perkahwinan model Ahya Rosli dan Shahirah.
Mengejutkan, ketika upacara makan beradab kedua pasangan ini telah dipersembahkan dengan penari wanita yang agak seksi dan keterlaluan.
Lalu, rakaman video tersebut telah tersebar di laman media sosial Twitter
“Majlis Kahwin kot… Bukan nya party liar…Agak2 laaaa, baik la kau jemput penari zapin..”tulis netizen.
Majlis Kahwin kot… Bukan nya party liar… ??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️ Agak2 laaaa, baik la kau jemput penari zapin.. pic.twitter.com/7Os0KZjGRW
Lalu, pasangan itu telah menerima kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Rata-rata netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan majlis perkahwinan tidak sepatutnya dipersembahkan dengan persembahan yang sedemikian.
Video : Twitter Eiyman Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dibesarkan tanpa ibu di sisi, Hafiz Mahamad yang juga bintang Instagram mengakui pengalaman berjauhan dengan ibu membuatkannya lebih berdikari dan menghargai.
Malah, sifat panas baran dan ego dalam diri juga tidak sekalipun dilempias kepada wanita yang melahirkannya.
“Menghargai & Dihargai
“Aku ego, panas baran, tapi sedikit pun tidak sifat buruk tu aku berikan dekat MAMA.
“Tidak sedikit pun aku menyesal dalam kehidupan bila berjauhan dengan MAMA dari kecil, malah aku bersyukur sebab ia mengajar aku untuk berdikari & menghargai orang lain,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut memuji sikap dan personaliti si ibu yang disifatkan sabgat hebat.
“Allah berikan wanita yg sangat hebat, saat aku menghargai segala pengorbanan MAMA.
“ALLAH hantarkan isteri, wanita dunia akhirat yg sentiasa menjaga aku & menghargai aku.
“Aku percaya, sejauh mana kau menghargai IBU mu. Allah akan hantar wanita hebat untuk diri kamu dihargai di dunia ini,” kongsinya.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.