Rumah tangga pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kini lengkap dengan kehadiran anak sulung mereka, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September lalu.
Seperti kebiasaan buat individu yang baharu menimang cahaya mata, tidur malam pastinya sudah tidak lagi lena bagi memastikan si comel berada sentiasa berada dalam keadaan baik.
Terbaharu, menerusi laman Instagram miliknya, Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, ada berkongsikan foto wajahnya yang sembap disebabkan kurang tidur sejak kebelakangan ini.
“Ini realitinya, betul-betul seminggu selepas bergelar ibu kepada Raja Urhan.Malam tanpa tidur,” tulis Uyaina.
Perkongsian pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu turut mendapat perhatian netizen serta rakan-rakan selebriti yang memberikan sokongan kepada ibu Raja Urhan itu.
“We are strong mama! We can do this!” tulis pelakon Mira Filzah.
“Been there, you got this mom! Sending hugs and love,” tulis Elisya Sandha.
Ads
“Still cantik,” komen Hannah Delisha.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 20 Disember tahun lalu.
Ads
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September lalu.Menurut Uyaina, dia dan suami memilih nama Raja Urhan kerana ia membawa maksud ‘pemimpin yang hebat’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
“Jadi mereka hormati keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya negatif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi bodoh-bodoh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut mencalarkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mendedahkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
“Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemangat.
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fazreen Rafi kembali merakam memori tahun lalu yang menyaksikan dirinya terpaksa menerima rawatan di hospital susulan jangkitan kuman yang dialami.
Dedah Fazreen, susulan masalah yang dihadapi, dia pernah menderita kerana membuang air lebih 50 kali.
“Pertama dalam sejarah hidup, buang air besar lebih 50 kali. Sampai tak tahu dah nak buang apa lagi.
“Doktor cakap ada infection dalam perut, esok akan scope. Hopefully tak ada apa-apa yang serius,” tulisnya menerusi Instagram tahun lalu.
Bagaimanapun beberapa lalu dia sekali lagi mengalami cirit birit dan muntah, hampir sama dengan situasi yang dialami tahun lalu.
“Memang nak sambut anniversary ke apa perut ni. Dari pagi cirit dan muntah-muntah, boleh sama pulak dengan tahun lepas. Gwsla buat diriku,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan Fazreen cepat sembuh dan semoga segala urusan dipermudahkan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada personaliti media sosial, Alieff Irfan, Nurul Nabilah Aliah Hazman telah selamat melahirkan bayi kembar sepasang pada tanggal 31 Ogos lalu bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-65.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Nabilah menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Nabilah, kedua-dua bayinya itu dilahirkan secara pembedahan selepas usia kandungannya mencecah hampir 36 minggu.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirlah putera dan puteri kami @twins_aylaayden pada 31/8/2022 .
“Welcome to the world Ayden Maleeq (2.06kg) 10.46 pagi dan Ayla Malaiqa (2.16kg) 10.44 pagi, (emergency C-section) 35 weeks 3 days,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Nabila turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi kembar mereka itu Ayden Maleeq dan Ayla Malaiqa.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka kedua bayinya itu akan lahir pada tarikh yang sangat cantik.
“An unexpected date untuk jumpe diorang, date yang cantik but Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alieff dan Nabilah.
Sekadar informasi, Alieff dan Nabilah telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 14 Februari 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alieff Irfan & Nabilah Aliah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.