Sejak berita kehamilan Nadya diketahui umum, ramai netizen mengucapkan tahniah padanya serta memberi beberapa nasihat agar terus positif dengan perkhabaran ini.‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera

Namun tidak kurang juga, ada segelintir yang kurang bersetuju dan bimbang dengan kesihatan pelakon muda ini. Bagi mereka, jarak anak pertama dan kedua itu terlalu dekat dan kemungkinan besar akan memberi kesan yang tidak baik pada kesihatannya.

‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera ‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera ‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera ‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera ‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera

Menyedari kerisauan segelintir peminat, MH Online segera mendapatkan penjelasan daripada Nadya Syahera.

IKLAN

“Jujur saya dan suami sendiri terkejut dengan berita ini. Tetapi saya tidak kisah apa sahaja orang nak kata tentang saya. Ini rezeki yang tuhan telah berikan pada kami sekeluarga.

 

“Lagi pula bagi saya tiada masalah untuk saya mengandung buat kali kedua dalam tempoh yang terdekat. Sementara tengah muda dan masih larat untuk mengandung, lebih baik saya ambil kesempatan ini,” katanya pada MH Online.

‘Sementara tengah muda…’ Nadya Jawab Isu Hamil Segera

 

IKLAN

Tambahnya lagi, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana dia juga daripada keluarga yang punyai jarak umur dekat.

IKLAN

“Sebenarnya benda ini bukanlah sesuatu yang pelik, orang dulu-dulu juga ada je mengandung dalam tempoh dekat seperti saya.

 

“Malah saya akui, keluarga saya sendiri seperti itu. Jarak saya dan adik beradik agak dekat dan hanya selang setahun jadi tidak hairan.

 

“Cuma mungkin kerana di zaman sekarang, ramai ibu bapa yang lebih bijak merancang jarak usia anak-anak jadi bila jadi sesuatu kes seperti saya ia mendapat perhatian,” katanya lagi.

 

Ada benarnya juga kata Nadya. Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik dan perlu dibimbangkan sangat.

Cuma kami berharap agar Nadya sentiasa menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI