Pelakon dan kakak kepada aktor popular, Shazeizy Sam dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di Instagram menampakkan perut atau ‘baby bump’ yang kini nampaknya semakin sarat.

Memang sudah jelas kelihatan baby bump Zizie Eizette dan jelas seri ibu mengandung selepas disahkan hamil bulan Julai yang lalu.

Terdahulu, Zizie telah mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Menariknya, dia bakal menimang dua cahaya mata sekali gus! Padanlah perut nampak begitu sarat.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Zizie telah berkongsi foto yang menunjukkan baby bump yang semakin membesar yang mencuri tumpuan ribuan pengikutnya.

Kini, Zizie sedang menghabiskan masa bersama keluarga termasuklah ibunya yang juga pelakon veteran popular, Khaty Fauziah dan anaknya Nayla.

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

IKLAN

Perkongsian aktress itu telah menerima lebih daripada 19,000 likes setakat ini. Malah peminatnya suka dengan gambar yang dikongsi Zizie.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Zizie mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.

Ada juga yang memuji Zizie semakin cantik ketika mengandung, ‘pregnancy glow’ dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti.

Berita gembira itu sudah lama dinantikan peminat selepas Zizie, 39, yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, sejak tahun 2009 lagi.

IKLAN

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga memiliki seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang kini berusia dua tahun.

Pasti ramai yang tak sabar menanti kelahiran bayi kembar ini kan? Jom MH Online kongsikan gambar sekitar Zizie berada di Kota Kota London bersama keluarga.

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

IKLAN

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

Semakin Sarat, Perut Zizie Eizette Curi Perhatian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI