Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dia masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Uqasha Senrose berkahwin 5 November lalu.
Menurut Raysha, dia tidak menafikan selepas dua kakaknya iaitu Nelydia dan Uqasha masing-masing sudah bergelar isteri, ramai yang menunggu hari bahagianya.
Peminat mengetahui, Juara Dewi Remaja 2015 ini merupakan kekasih kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.
“Tekanan itu pasti wujud, tapi apabila orang tanya saya anggap ia satu doa. Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini.
Ads
“Saya tak nak terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Keutamaan saya sekarang adalah kepada kerjaya dan keluarga,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, meski hubungannya bersama Nabil sudah lama terjalin namun dia tidak bimbang sekiranya hubungan terbabit tidak kesampaian atau berdepan sebarang dugaan.
“Sejujurnya tiada langsung perasaan itu sebab saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan dia, ia pasti akan berlaku.
Ads
“Kalau ada jodoh adalah. Saya percaya dengan waktu tepat yang Allah sudah rancang untuk kami berdua. Insha-Allah apabila waktu itu sudah tiba, saya dengan gembiranya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi, memetik Harian Metro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara.
Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika.
Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.
Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.
“Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search.
“Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.
Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.
Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search. Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.
Selain itu, Yan juga bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.
Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.
“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.
Sementara itu, Search masih mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.
Noordin berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.
“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.
“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya lagi yang turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad menempelak kenyataan seorang pengguna Instagram yang melabelkan dirinya sebagai seorang yang membawakan aura negatif ketika mengacarakan program, Wanita Hari Ini.
Menurut Uyaina, kebiasaannya dia jarang memberikan respon terhadap komen-komen negetif orang ramai terhadap dirinya, namum dia merasakan teguran pada kali ini agak keterlaluan.
Katanya lagi, segala skrip dan temubual yang dijalankan ketika mengacarakan program WHI sebenarnya telah pun terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan juga produser.
“Uyaina jarang respond kepada negative comments, atau komen-komen yang cuba meruntuhkan semangat saya. To me, ignorance is bliss. But, this one particular dm deserves a spotlight.
“Here’s my response to her: Assalamualaikum, first of all, thank you for your ‘teguran.’ Di WHI, semua benda kita bincang dengan team dan producer.
“Topik yang diberikan membincangkan semua aspek berkaitan dengan topik tersebut, termasuklah tetamu yang hadir,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Uyaina turut menambah, dia sebenarnya tidak pernah terdetik untuk menyebarkan sebarang perkara-perkara negatif dan sekiranya ada pihak terasa, ia terpulang kepada individu itu sendiri.
“Bukan saya memandai beri ‘negativity’ seperti yang awak rasa. Haha. Kita tak pernah munuding jari kepada sesiapa pun.
Kalau ada yang terasa, mungkin kerana siapa makan cili dia rasa pedas.
“Dan betul, saya setuju dengan apa yang awak kata, ‘bersihkan hati dulu, dear. Apa yang dalam hati you menyerlah sangat di luaran you ni’,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Uyaina memaklumkan dia tidak kisah sekiranga ada pihak yang kurang gemar dengan cara pengacaraannya, namun teguran-teguran tersebut hendaklah dibuat dengan cara yang berhemah.
“Pasal pengacaraan saya yang awak rasa tak menarik, tak apa pun. Saya terima dengan hati terbuka sebab saya tak pernah paksa orang untuk suka pengacaraan saya ke apa ke.
“Tak faham kenapa awak kena tulis macam ni dekat saya sebab nak sakitkan hati saya ke apa ke tak tahu lah mungkin kena check hati awak juga kot.
“May Allah ease everything for you. Hablu MinAllah, Hablu Minnannas. Mulakan tahun baru dengan tidak menyakiti hati orang lain,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Uyaina selain turut menasihatinya supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
“When are you ever negative at all? Oh wow. Some people can be clueless at character judging.
“You’re not only a good host. You’re great person.
“When you have haters, you’ve made it in life.
“Semangat Kak Uyaina, Salam dari Indonesia,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Uyaina baru sahaja mendirikan rumah tangganya bersama Raja Syahiran pada tanggal 22 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usaha trio baharu, Husadee yang menjalin kerjasama dengan komposer terkenal, Julfekar untuk album pertama mereka berjudul Tanpa Alasan dilihat sebagai langkah awal mereka untuk terus mencipta sukses dalam dunia seni yang dicintai.
Dianggotai tiga jejaka kelahiran Sabah yang dikenali dengan nama komersial sebagai Hud, Sam dan Dee, album Tanpa Alasan memuatkan 10 buah lagu dan mereka bersyukur kerana idea melahirkan album akhirnya berjaya direalisasi.
“Alhamdulillah, kami dapat bekerjasama dengan Julfekar untuk penerbitan album sulung. Julfekar yang datang dengan idea untuk menggabungkan kami sebagai trio, jadi terlahirlah Husadee. Secara peribadi, saya sendiri merupakan peminat karya Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin.
“Apabila dapat peluang ini, saya rasakan bagai mimpi, seperti bulan jatuh ke riba. Saya berharap album Tanpa Alasan menjadi langkah permulaan kerjaya kami dalam industri nyanyian,” kata Hud memulakan bicara.
Tambah Sam, album Tanpa Alasan memuatkan sebuah lagu trio nyanyian mereka dan setiap vokalis menyanyikan tiga buah lagu secara solo.
“Kami bertiga bergabung suara dalam sebuah lagu berjudul Kerana Aku Selalu Rindu. Baki sembilan buah lagu lagi kami nyanyikan secara solo, seorang menyanyikan tiga buah lagu.
“Apa yang istimewanya ialah selain lagu berbahasa Melayu, kami merakamkan lagu bahasa lain. Hud merakamkan lagu berbasaha Bajau, Dee merakamkan lagu berbahasa Suluk dan saya pula merakamkan lagu berbahasa Tagalog,” kata Sam pula.
Husadee berharap kehadiran mereka dalam industri nyanyian dapat memberikan sesuatu yang positif untuk peminat.
“Konsep trio jarang ditampilkan dalam industri muzik Malaysia, jadi kami berharap kehadiran kami dapat memberikan impak positif terhadap penggemar muzik.
“Semoga dengan kehadiran album terbitan Julfekar Music ini dapat memeriahkan lagi industry nyanyian yang dua tahun agak sepi akibat wabak Covid-19, Insya-Allah,” kata Dee pula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.