Penyanyi dan Pengasas Che Ani Premium Sdn. Bhd., Noraniza Idris, kini mampu menarik nafas lega selepas melalui detik sukar akibat didakwa telah dianiaya oleh sebuah akademi latihan keusahawanan, sebelum ini.
Selepas hampir menutup kilangnya, Noraniza yang mesra disapa Kak Ani terharu apabila mendapat rezeki dari pasar raya Mydin yang sudi menawarkan peluang untuk menjual produknya.
“Saya kesyukuran yang amat sangat. Selepas hampir jatuh terduduk dan tak tahu masa depan perniagaan ini, hampir-hampir nak tutup kilang. Tiba-tiba produk saya ditawarkan untuk dijual di Mydin.
“Saya anggap peluang ini sebagai rezeki yang cukup luar biasa dan satu transformasi baharu dalam perjalanan perniagaan ini.
“Tahun pertama ia penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila masuk tahun yang kedua ini, dia ada manisnya,” katanya berterima kasih.
Penyanyi lagu Dikir Puteri ini juga menambah, ketika menerima tawaran tersebut, dia sekeluarga melakukan sujud syukur selain menangis atas rezeki besar yang hadir.
Ads
Tambah 32 Pekerja
Dalam pada itu, bagi memenuhi permintaan Mydin, Noraniza kini perlu menambah 32 pekerja dan mengubah operasi kilangnya kepada 24 jam bagi menyiapkan tempahan.
“Apabila mereka bersetuju dengan kerjasama ini, saya bersyukur namun terkejut dengan tempahan yang mereka mahukan.
“Ini kerana, ketika itu staf saya hanya tinggal empat orang saja. Jadi saya perlu menambah lagi kepada 32 orang,”katanya lagi.
Noraniza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Sesi Iftar Che Ani Premium Sdn. Bhd. Bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), di Crown Crystal Hotel, Petaling Jaya, pada Isnin.
Ads
Ia sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan Mydin dalam membantu syarikat mengembangkan perniagaan.
“Kejadian tersebut benar-benar melemahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam industri ini. Namun berkat bulan Ramadan, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
”Bantuan yang diberikan oleh Mydin bukan sahaja membantu saya, tetapi juga pekerja yang bergantung kepada perniagaan kecil kami untuk mencari rezeki,” katanya lagi.
Ads
Usaha Bangkit Semula
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, menyatakan komitmen pihaknya dalam menyokong lebih banyak produk tempatan agar berkembang di rangkaian pasar raya tersebut.
“Kami melihat produk murukku yang dihasilkan oleh Che Ani Premium menepati piawaian pemasaran Mydin. Justeru itu, kami tampil untuk membantu mengedarkan produk ini ke pasaran yang lebih luas,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan yang diusahakan Noraniza berdepan ujian apabila dia mendakwa menjadi mangsa penganiayaan sebuah akademi latihan keusahawanan.
Akibatnya, dia dan syarikatnya terpaksa menanggung kerugian serta merehatkan 20 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Bagaimanapun, dengan peluang baharu yang diterima, Noraniza melihat ia sebagai sinar harapan untuk bangkit semula dalam dunia perniagaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Hafiz Mahamad menyedari media sosial merupakan satu platform yang pernah membuatkan dirinya dan isteri, Syafiqah Aaina ‘down’.
Sekitar akhir tahun lalu, Aaina pernah mengalami kemurungan apabila produk kecantikannya dikritik dan dihentam oleh netizen.
Bagaimanapun, Hafiz tenang menghadapi dugaan tersebut dan memberikan kekuatan kepada isterinya.
“Abang jangan sweet di Social Media je tau” Sayang takut
“Saya tahu social media bahaya & pernah ‘makan’ diri isteri saya
“December 2017, isteri & business @ainaabeautyofficial dihentam teruk. Keadaan isteri saya sahaja yg tahu, kawan kawan ada yg gelak & ada yg support
“Waktu tu, saya hanya pesan dekat Aina. KITA HANYA ADA ‘HOPE’. KALAU KITA TERUSKAN, KITA TAKTAU APA AKAN JADI, TAPI KALAU KITA BERHENTI, BERMAKNA KITA KALAH
“Ayat ayat manis selalu bermain dalam setiap masa ketika itu. Hakikatnya dalam hati selalu ada persoalan, “Apa perlu aku buat untuk pastikan isteri aku kembali kuat?”
“Saya tinggalkan business saya sementara, sukan bodybuilder saya hanya untuk kembalikan senyuman isteri saya. Saya berjalan bersama dia, untuk dapatkan balik hak kekuatan dalam diri isteri saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hafiz percaya bahawa setiap kekecewaan pasti akan munculnya kebahagiaan.
“Allah maha adil, hampir 3 tahun. Macam macam dia bagi. Dalam diri AINAA & business dia, banyak cerita kebahagiaan. Kenapa? Kerana dia bermula dengan kekecewaan
“Semoga team management & All AINAA SQUAD dapat rasai pengorbanan & kebahagiaan yg cuba kami beri selama ni
“InsyaAllah saya akan ‘fight’ untuk kebahagiaan semua.
“Pesan saya, jangan kita mudah untuk bash orang. Kalau kita suka melihat orang lain susah, cuci hati tu balik. Sebab kita kena selalu ingat, takut nanti kita yg susah,” tulisnya.
Sementara itu, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu, kini sedang menikmati percutian di Maldives bersama anak sulung, Raisya Arissa.
Selebriti terkenal, Neelofa yang selamat melahirkan anak pertamanya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu mendoakan semoga fasa baru wanita yang baru sahaja bergelar ibu dipermudahkanNya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories awal hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi ucapan ringkas tersebut berlatarkan foto katil bayi.
“Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulis bekas hos program MeleTOP itu disusuli emoji berbentuk hati.
Terdahulu, suaminya Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa dan anak lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik.
Dalam kenyataan sama, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.
Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...