Kepada VIP (Kelab Peminat kumpulan Big Bang), MH nasihatkan agar korang dapat menerima berita ini dengan tenang kerana seorang lagi ahlinya akan mengikuti jejak langkah GD.

Agensi mereka, YG Entertainment (YGE) mengesahkan bahawa Taeyang atau nama sebenarnya Youngbae sudah menerima draf untuk mendaftar latihan ketenteraan berkuatkuasa 12 Mac ini.

Selepas GD, Giliran Taeyang Pula Umumkan Tarikh Masuk ‘Army’

Sebelum ini, YGE juga mengumumkan tarikh GD menyertai latihan tersebut pada 27 Februari ini.

Dalam pada itu, Taeyang juga baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Min-Hyo-rin, awal bulan ini pernah mengeluarkan kenyataan ingin berkahwin sebelum menyertai latihan ketenteraan tersebut.

IKLAN

Selepas GD, Giliran Taeyang Pula Umumkan Tarikh Masuk ‘Army’

Nyata, berita ini tentulah menyedihkan buat para peminat memandangkan kumpulan tersebut kini berada dalam ‘hiatus’ selama beberapa tahun hinggalah kesemua ahlinya menamatkan latihan ketenteraan itu.

IKLAN

Akan menyusul selepas ini merupakan Daesung dan terakhir adalah ‘maknae’ kumpulan tersebut, Seungri. Ahli tertuanya, T.O.P kini sedang memenuhi tugasnya sebagai pekerja perkhidmatan awam berikutan isu ‘dadah’ yang melanda dirinya, tahun lalu.

Selepas GD, Giliran Taeyang Pula Umumkan Tarikh Masuk ‘Army’

IKLAN

Sementara itu, kali terakhir Big Bang muncul sebagai satu kumpulan adalah pada Disember 2017 lalu iaitu konsert ‘Last Dance’ mereka yang merupakan hadiah terakhir buat ‘fans’.

Sebagai peminat, MH harap masa akan berlalu dengan pantas dan peminat akan dapat melihat dan mendengar semula Big Bang. All the best!

Selepas GD, Giliran Taeyang Pula Umumkan Tarikh Masuk ‘Army’

Sumber: Soompi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI