Usahawan sensasi, Liana Rosli meluahkan rasa syukur kerana dianugerahkan seorang ibu yang penyayang dan sentiasa menyokong kerjayanya.
Mesra dengan panggilan Kak KM, dia turut menitip ucapan hari jadi buat ibunya, pelakon senior Normah Damanhuri bersempena dengan ulang tahun kelahiran semalam.
“Ibu adalah seorang wanita yang cantik, penuh kasih, luar biasa dan menjadi sedikit lebih tua harini tapi ianya tidak mengubah apa2 kasih sayang mu tetap utuh.
“Ibu ku terbaik dalam dunia ni, ye la mak aku kan mesti la aku cakap dia yang terbaik xkan cakap mak jiran pule. Selamat ulang tahun mak.
“Sayang mak sangat.. Sebab doa mak jugak sayang jadi apa sayang jadi sekarang
rezeki tak putus2 syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi kata hikmah yang antara lain bermaksud, bagaimana mahu berjaya jika tidak pernah mencuba.
Malah, ramai yang takut mengejar impian kerana takut hidup susah.
“Ramai takut untuk mengejar impian sebab takut hidup susah kan? Pagi tadi saya terbaca kata kata yang ditulis oleh sasterawan Indonesia – Buya Hamka-
“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.
“Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua,” jelasnya.
Kongsi Idzham lagi, dia bersyukur cepat tersentak daripada lamunan dan segera memulakan langkah menggapai impian. Walaupun sukar, namun nyata ia berbaloi.
“Saya dulu pon takut nak kejar impian saya 100% kerana orang sekeliling nasihat untuk ada backup, tapi saya sedar itu adalah kesilapan saya terbesar dalam career saya. Tersedar dengan cepat dan mulakan langkah baru dalam career saya.
“Susah? Tak ada benda yang mudah melainkan kita sendiri jadikan ia mudah. Tapi semua ni terpulang kepada individu tu sendiri, ada yang memilih tidak mahu ambil risiko dan hidup selesa dan sederhana, ada yang memilih untuk mengejar cita2.
“Apa apa pun saya doakan semoga semua yang membaca dan share caption ni diberkati dan dipermudahkan urusan harian,” tulisnya lagi.
Bukan satu perkara mudah bagi setiap insan bergelar ibu untuk berpisah dengan anak dan itulah yang dirasai pelakon, Mawar Rashid.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri berkata dia kini telah kembali berlakon setelah hampir 2 tahun berehat dari dunia lakonan.
Terdahulu, Mawar mengambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sejak kehamilan sehingga anaknya, Rafael yang kini berusia 6 bulan.
“Mawar took a break from berlakon dari mula Mawar pregnant sampai lah Rafael umur 6 bulan sekarang. 1 ½ tahun berehat.
“Now bila Mawar start berlakon balik, cabaran dia is terpaksa berpisahan dengan Rafael. Keluar pagi dia masih tidur, balik malam dia dah tidur. Jadi Mawar hanya FaceTime je dengan Rafael siang2.,” tulis Mawar.
Selain itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut meluahkan rasa kagum terhadap kaum ibu yang sentiasa kuat dan tabah membesarkan anak-anak.
“Mawar yakin akan kehebatan seseorang ibu itu. Macam mana agaknya dugaan dan cabaran ibu2 di luar sana. Terutama nya ibu2 tunggal kan. Mesti sangat mencabar.
“Apa2 pun Mawar tahu kita ibu2 semua ni harus kuat dan tabah demi anak2. Mawar doakan yang baik2 saja buat semua ibu dan ibu tunggal di Malaysia ini.,” tulisnya.
Di samping, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...