Pelakon cantik, Anzalna Nasir berkongsi foto Hari Raya Qurban bersama bersama anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini mencecah usia 2 tahun.
Paling mencuri tumpuan, Anzalna mengakui berat badannya kini kembali kepada berat ideal selepas selesai pantang 44 hari sejurus bersalin anak kedua, Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu.
Siapa sangka, daripada seorang penganggur selepas diberhentikan kerja dalam sektor penerbangan akibat pandemik, kini nama Ryan Fahmi Bakery terus pantas mencipta populariti di media sosial TikTok.
Ryan, 28, popular menerusi konten video yang bercerita mengenai nostalgia zaman kanak-kanak termasuk di alam persekolahan.
Terbaharu, dia dilantik sebagai ikon kedai minuman popular milik usahawan selebriti, Shuib Sepahtu selain dijemput menjadi tetamu untuk program hiburan MeleTOP yang bersiaran Selasa lalu.
Tidak menyangka kandungan lawaknya diterima baik, Ryan menzahirkan rasa syukur di atas sokongan diterima daripada netizen yang terhibur melihat video-video nostalgia yang dihasilkannya.
“Sejujurnya saya terharu sangat-sangat. Ramai tag story masa saya di MeleTOP.
“Saya tak mampu nak repost satu persatu story awak semua… saya hargai sangat-sangat.
“Awak semua baik sangat dengan saya.
“Saya balik je kampung, kita sambung konten nostalgia,” tulis Ryan yang menetap bersama keluarga di Manjung, Perak.
Menerusi program tersebut, Ryan berkongsi pelbagai cerita mengenai diri serta kandungan lawaknya.
Beberapa hari lalu, sesi live Ryan di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.
Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu.
Ryan berkata wang daripada hadiah tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ryan Bakery
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Syamsul Yusof sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video yang membabitkan dirinya bersama rakan pelakon, Kazar Saisi di sebuah kedai emas tular di Tik Tok, sejak semalam.
Menerusi video itu, Syamsul dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam ‘content’ untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota.
Kazar merupakan bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira yang kini hangat kerana didakwa terkait susulan kontroversi rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Lalu, rata-rata meninggalkan komen pelbagai terhadap video yang dikongsikan di dalam platform Tik Tok itu.
Sementara itu menerusi Harian Metro, pengarah berusia 37 tahun itu hanya menjawab ringkas tiada komen menerusi kiriman WhatsApp daripadanya berhubung perkara itu.
“No komen. Ini lah komen saya,” tulisnya ringkas.
Malah, peguam kepada pelakon Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader pula dipetik akan meniliti rakaman video tular tersebut.
Akberdin berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.
“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.
“Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal, ketabahan dan kesungguhan pelakon Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya dikagumi ramai.
Menurut mereka, Rita antara ibu tunggal wajar dicontohi kerana hasil didikannya, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik termasuk hal-hal berkaitan didikan agama.
Malah, anak sulungnya juga turut membanggakan Rita apabila diterima masuk belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan pada bulan April lalu.
Baru-baru ini, perkongsian sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Rita menarik perhatian netizen apabila dia mencoretkan satu kenyataan yang dilihat cukup menyentuh hati.
“Biar gagal menjadi seorang isteri… yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita.
Dalam video itu juga, Rita turut mengepilkan koleksi gambarnya bersama anak-anak dari mereka kecil hingga sekarang.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.