Selepas 22 hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Ika Nabella akhirnya mengumumkan nama penuh dan wajah anaknya itu.
Ika dan suami, Muhammad Zaid sepakat memilih nama Muhammad Noah Zayn juga telah mengadakan tahnik yang disempurnakan pencerama bebas, Al Habib Ali Zaenal Abidin dan beberapa ustaz lain.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh selepas Noah dilahirkan.
“Alhamdulillah rezeki anak soleh, Muhammad Noah Zayn Bin Muhammad Zaid @muhammadnoahzayn ditahnik Al Habib Ali Zaenal Abidin,Ustaz Haji Muadzeen, para ustaz, Aki & Atok pada hari ke-7 kelahiran.
Ads
“Semoga anak Mommy & Ayah @zaidbowie membesar sihat & sempurna menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh.. Aih mata masuk habuk. Besarnya amanah Allah yg satu ini,” tulisnya sambil disertakan foto Habib memberikan sedikit manisan ke dalam mulut Noah.
Berada di luar norma rutin bayi yang terpaksa berhadapan dengan bunyi bising dan orang ramai, Datin Seri Umie Aida menjelaskan anak perempuannya, Nur Aisya yang baru berusia tiga bulan sering meragam dan sukar menerima persekitaran baru.
Jelasnya lagi, dia mula membiasakan si comel dengan membawanya ke mana sahaja dan syukur, Aisya sudah mula menunjukkan perubahan positif.
“Dari lahir sampai umur 3 bulan lebih…makan tido makan tido je. Tak jumpa orang langsung. Jadi aisya jenis tak suka bunyi bising atau jumpa orang ramai.
“Bila bawa majlis aisya sudah bikin konsert..suara level celine dion. Aduhhh… ! Bila masuk keta dia akan senyap. Hmmm… payah tu.
“Jadi me telah fikirkan cara nak bagi aisya mesra alam. Me masukkan class little gym.. memang bagus class tu. Pastu me bawa mana saja me pegi.
“Memang pada mulanya aisya akan buat konsert.. tapi lama kelamaan dia sudah mula okay dgn alam sekeliling. Cuma dengan mak cun dia tak berapa ok.. sebab mak cun suka gomol pipi dia,” tulis Umie.
Meluahkan rasa terkilan terhadap industri hiburan tempatan, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly berkongsi perasaanya itu kepada suami, Azman Hj Yahya atau mesra disapa Jinggo@Tok Sidang.
Kongsi Jinggo, Sheila sudah lama memendam perasaan terhadap industri hiburan tempatan bagi menjaga sensitiviti rakan artis.
Tambahan pula, Sheila difahamkan juga mahu berehat seketika dari industri selepas ini.
“Assalmualaikum Malaya…Salam subuh Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada…
“Pagi ni pasei Sis cakap pada teman, Babe.. since i nak mengundurkan diri sementara waktu ni…I nak cakap sket apa yang terpendam dalam hati pasei orang orang dalam industri i.
“Dulu i simpan sebab nak jaga sensitivities nak jaga hati dorang.. sekarang i dah ready nak cakap… kalau i di blacklisted atau di boikot… i dah ready… sebab tu i nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal i … proposal Js Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama SHEILA RUSLY dalam tong sampah,” tulis Jinggo.
Malah, Sheila turut memberi pesanan kepada Jinggo agar selayaknya setiap anugerah yang diraih harus diberikan kepada mereka yang masih hidup.
“Sis berpesan lagi pada Tok Sidang..“ Babe…esok bila i dah tak de… tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada i, you suruh anak anak amek, ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik.
“Kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai…Adehhh. Hadoiiii mak aiiii .. Kelakor sedih lak hati teman niiiii,”akhirinya.
Jinggo merakam video tersebut apabila Sheila tampil dalam satu babak drama terbaru, Bukan Gadis Biasa yang merakamkan Sheila memegang watak sebagai wanita tua dengan calitan solekan.
Sekali gus, video tersebut dihujani komen terhadap kapsyen yang diluahkan Sheila kepada Jinggo.
Dalam perkembangan lain, Jinggo dan produksi, Js Pictures Sdn Bhd tampil dengan drama terbaru berjudul Bukan Gadis Biasa yang menampilkan aktress Ayda Jebat sebagai Johana, bergandingan bersama Remy Ishak.
Mengimbau kembali detik istimewa ketika menyemak bacaan Al-Quran Pitt Hanif, tulis Fauziah Nawi di laman Instagram, dia menekankan kepentingan untuk pandai mengaji supaya kelak, si anak boleh mengalunkan ayat-ayat suci tatkala si ibu pergi mengadap Illahi.
Namun, ajal maut rahsia Allah. Jelas pelakon hebat ini, tidak disangka sebaliknya yang terjadi.
“Pitt buah hati mama ingat kan bila mama marah sebab Pitt tak pandai mengaji? Mama check bacaan Pitt dan mama kata “Pitt kena pandai mengaji sbb Pitt anak artis.
“Mama tak nak org mengata Pitt tak pandai ngaji sbb anak artis.Nanti siapa nak mengajikan mama bila mama meninggal?
“Pitt diam tak jawab terus ngaji walau pun banyak salah. Mama sedih. Tapi adik Titin Hanif cakap Pitt dah boleh mengaji. Baru mama lega. Tapi memang Pitt nak mama mengajikan utk @pitthanif kan sebab Pitt kata “sedap suara mama mengaji”.
“Moga Allah melimpahkan Ehsan Nya buat buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif.
“Pitt my love of my life #salamseharumkasturi,” luahnya.
Pada Sabtu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.
Arwah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi pada 28 Oktober di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Foto : Instagram Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.