Penyanyi wanita, Selena Gomez baru-baru ini ada berkongsi di akaun Instagramnya dengan mendedahkan dia ada menerima derma buah pinggang daripada rakannya selepas mengalami penyakit lupus.

Menerusi perkongsiannya itu, Selena ada memuat naik beberapa keping foto  bersama rakan yang menyumbangkan buah pinggang kepadanya, Francia Raisa dan foto parut selepas pembedahan dilakukan.

Selena Gomez Dedah Terima Buah Pinggang Rakan

IKLAN

Selena Gomez Dedah Terima Buah Pinggang Rakan

“Saya sedar ada segelintir peminat saya yang mempersoalkan kenapa saya tidak membuat promosi tentang muzik baru saya, di mana saya sangat bangga dengan karya tersebut.

 

“Pada ketika itu saya telah diberitahu bahawa saya perlu membuat pemindahan buah pinggang disebabkan oleh penyakit Lupus yang saya hadapi.

 

“Perkara itu yang saya perlu lakukan untuk kesihatan saya dan dengan jujur saya berharap dapat berkongsi mengenai hal ini dengan semua.

 

“Saya ingin berterima kasih kepada keluarga saya dan kesemua doktor yang telah merawat saya sebelum dan selepas pembedahan ini.

 

“Dan yang terakhir, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa berterima kasihnya saya kepada sahabat saya Francia Raisa. Dia telah berkorban untuk menyumbangkan buah pinggangnya kepada saya. Saya amat bersyukur. Saya sayang awak,” tulis perkongsiannya tentang pembedahan yang telah dijalani. 

Mulia sungguh hati sahabatnya ini yang sanggup berkorban nyawa menyumbang satu daripada buah pinggangnya kepada Selena. Sukar untuk kita temui sahabat yang sanggup bersusah dengan kita.

IKLAN

Diharap keadaan kesihatan Selena akan bertambah pulih selepas ini.

Sedikit info tentang penyakit lupus,

IKLAN

Penyakit lupus ini merupakan penyakit yang disebabkan oleh kelebihan kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh (imunitas) yang berlebihan tersebut menyerang jaringan dan organ tubuh. Biasanya bahagian tubuh yang biasa diserang adalah kulit, sendi, sel darah, paru-paru dan jantung.

Sumber: Instagram Selena Gomez

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI