Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ilya Rose pada 20 0gos lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan Sasha menerusi salah satu entri di Instagram.
Menurut Sasha, bayi seberat 3.03 kilogram itu dilahirkan pada jam 11.30 pagi.
“Baby Ilya Rose dah selamat dilahirkan pada Jam 1130 pagi dengan berat 3.03kg. Terima kasih sayang azankan anak kita.
Ads
“Awak perlahan lahan belajar and saya tahu bukan benang but I appreciate your effort sayang. Terima kasih atas doa doa korang semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Bintang versatil, Elly Mazlein mengulas mengenai keberadaanya di pentas Gegar Vaganza ke-9 (GV9) seorang diri di dalam segmen pertengahan sebelum kembali berdua bersama hos gantian, Daniel Zaini, Ahad lepas.
Menurut Elly, dia perlu bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku secara spontan demi memastikan program tetap berjalan dengan baik.
“Sebagai hos, kita kena sentiasa berdepan dengan sebarang kemungkinan. Begitulah juga halnya dengan saya. Apa sahaja… show must go on. Jadi saya cuba buat demi peminat GV.
“Saya hanya nak buat yang terbaik. Alhamdulillah semua orang ketawa, happy. Itu yang saya mahu selain berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting,” katanya.
Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina berkata demikian menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, semalam.
Ditanya mengenai ada penonton yang membuat perbandingan selain menyifatkan pengacaraannya sebagai ‘gedik’, Elly bersikap rasional.
“Tidak mengapa. Saya begini, dalam kehidupan akan ada yang suka dan sebaliknya. Tapi kita ‘timbang’, mana yang lagi banyak. Apa yang saya nampak banyak yang positif. Jadi saya ambil yang positif.
“Yang negatif tu tidak mengapa. Saya anggap semua orang ada hak untuk suka dan tidak suka. Beginilah… mungkin yang tak suka tu satu hari nanti akan suka saya. Tak kenal maka tak cinta.
“Pada saya kalau kita nak bersedih dengan apa yang orang cakap, kita tak boleh macam tu. Sekarang ni kita kena biarkan saja. Itu hak mereka untuk berkata-kata,” katanya lagi.
Pelakon Mia Ahmad berkongsi momen dirinya yang terpaksa ditahan ke wad selepas diserang Denggi, baru-baru ini.
Mia turut menambah, ujian kehamilannya kali ini bukanlah sesuatu yang mudah selain menyifatkan ujian kesihatan menjadi sesuatu yang cukup besar bagi dirinya.
“Pregnancy journey kali ni tak mudah. First trimester hari tu memang not easy for me. Morning sickness teruk, tak lalu makan. Tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah.
“Diuji pula kena warded disebabkan denggi. Betullah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama. Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain.
“Sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.
“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah. Nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je,” luahnya.
Mia bagaimanapun kini mendedahkan dirinya kini stabil dan selera makannya sudah kembali semula.
“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap, hebat betul! Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya.
“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya. Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula, nak makan tapi kena sekat,” tulis Mia yang kini usia kehamilannya sudah memasuki minggu ke-22.
Sekadar informasi, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Lebih lima tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Fatin Afeefa akui ada segelintir masyarakat yang pandang ‘berbeza’ terhadap golongan sepertinya.
Fatin atau nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, bagaimanapun menyeru golongan wanita terutamannya ibu tunggal lain agar tidak menghiraukan tohmahan negatif yang diberikan.
“Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.
“Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya.
“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda,” katanya menerusi Live TikTok baru-baru ini.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut menasihatkan wanita berstatus janda atau ibu tunggal agar jangan sesekali berasa sedih sekiranya dihina sebaliknya hiasi kehidupan dengan perkara yang menggembirakan diri masing-masing.
“Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut.
“Mulut orang tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa orang takkan berhenti bercakap.
“Jadi, buatlah apa yang buat anda gembira,” katanya lagi.
Untuk rekod, pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 namun jodoh mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.