Penyanyi dan pelakon Ziha Salleh mengakui dia terkejut dan tidak menjangkakan single Adat Kasih memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus menafikan kemaraan empat lagu lain, iaitu Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (nyanyian Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga menampilkan Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita & Wani Syaz).

“Bila saya tercalon, saya tak harap akan menang kerana yang tersenarai semuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan Tinta ini dengan sehabis baik.

“Saya terkejut dan bersyukur, tak sangka boleh meraih trofi ini dan menewaskan calon-calon lain yang sangat berbakat. Selama tujuh tahun dalam industri seni, ini merupakan kemunculan semula saya dalam bidang muzik.

“Dulu saya pernah menyertai program realiti sebuah program televisyenpada 2014. Selepas itu, saya banyak berlakon dan lagu ini menjadi ‘comeback’,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai kritikan atau ada pertikaian di kalangan netizen atas kemenangan tersebut sekiranya ada selepas ini, Ziha memilih untuk optimis.

Baginya, adalah lebih baik untuk memandang perkara tersebut dari sudut positif.

IKLAN

“Saya dah tempuh macam-macam perkara sepanjang tujuh tahun bekerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya juga nak dengar apa kata netizen.

“Siapa tahu, ada di antara reaksi yang diberikan boleh saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik akan saya baiki,” katanya.

Ziha pada masa sama memberikan dedikasi lagu tersebut kepada orang tuanya.

IKLAN

“Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional. Insya-Allah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluar dengan karya yang irama Malaysia dan etnik kreatif,” katanya lagi.

Selain kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, Ziha turut ungguli kategori Kulit Single/Album terbaik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI