Selepas hampir sedekad tidak berlakon, Datuk Hattan kini kembali menerusi filem komedi, Gadis Jolobu The Movie yang lain daripada yang lain kerana ia mengetengahkan dialek negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.

Menurut Hattan, sebelum ini belum ada filem sedemikian dan sebab itulah, dia memilih untuk  mengangkat martabat dialek Negeri Sembilan serta budaya negeri kelahirannya itu.

Hattan yang kali terakhir membintangi filem Rock Bro arahan Allahyarham Mamat Khalid berkata, dia mengaku banyak menolak tawaran berlakon sebelum ini.

Selain berlakon, Hattan juga bertindak sebagai perunding produksi bagi memastikan dialek Negeri Sembilan yang dituturkan pelakon lain betul dan tidak kedengaran pelik.

Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…” Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”

“Sebenarnya saya sudah tak mahu berlakon sebab ia memenatkan, tapi untuk Gadis Jolobu The Movie ini saya tak boleh tolak sebab filem ini mengangkat budaya Negeri Sembilan.

IKLAN

“Sebelum ini ramai yang membuat filem mengenai dialek negeri lain dan tak ramai yang mahu membuat filem mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Siapa lagi nak perjuangkan dialek ini kalau bukan kita sendiri. Itu yang buatkan saya terpanggil untuk turut serta.

“Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah tercetus sekitar tiga tahun lalu di antara saya dan Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif Saraleana Nattaya Azmi, tapi disebabkan pandemik Covid-19, baru sekarang kami dapat memulakan penggambaran,” katanya.

Menurut Hattan, idea untuk menghasilkan filem terbabit tercetus susulan kejayaan lagu duetnya bersama W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih jutaan tontonan di YouTube.

“Tak salah untuk mencuba walaupun sekarang ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP), tapi tak tahu orang berani atau tidak pergi tengok wayang.

IKLAN

“Cuma saya berharap apabila filem ini ditayangkan sekitar Jun nanti, negara kita sudah beralih ke fasa endemik, memandangkan kita semua sudah menerima suntikan dos penggalak. Kalau tidak kasihan industri hiburan kita, disebabkan itu kerajaan kena tolong kita.

“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik sebab kalau filem menggunakan dialek Pulau Pinang dan Perak seperti Mami Jarum dan Hantu Kak Limah boleh berjaya, mengapa tidak filem ini,” katanya.

Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”Sekian Lama Tak Berlakon, Hattan Kini Sibuk Di Lokasi Gadis Jolobu The Movie – “Saya Tak Boleh Tolak Sebab…”

IKLAN

Turut berlakon ialah anak Hattan, Adam serta Joey Daud, Khir Rahman, Nizam Laksamana, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.

Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI