Pelakon Vanidah Imran berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama) selepas empat tahun menimba ilmu.
Bintang berusia 48 tahun itu menjadi antara 7,682 pelajar yang menerima ijazah sekali gus berjaya menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu, di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Terdahulu, Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Menurut Vanidah, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika juga sedia memahami rutin hidupnya.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual.
Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
Ads
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis dengan keputusan untuk menyambung penganjian yang didorong pelbagai faktor lain.
Ads
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Terdahulu, istiadat berkenaan berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac lalu.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda.
Ads
Jelas Vanidah lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong.
Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya masih ada berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah adamempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
Vanidah terdahulu turut berkongsi momen indah itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Lufya Omar baru-baru ini berkesempatan ke Raudhah dengan mudahnya, meski dihimpit jutaan manusia.
Katanya, dia bersyukur kerana dapat mendirikan solat di saf (barisan) hadapan.
“Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤ Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25.
“Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa. Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah),” kongsinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kai ke Raudhah.
“Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. ..
❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya.
❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.. ❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah
❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. .
❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. ..
❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain…
❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana,” kongsinya.
Berkongsi sekeping artikel memaparkan bayi pra-matang sebesar patung Barbie sewaktu dilahirkan, Abby Abadi mendedahkan anak bongsu, Muhammad Danial Firman Faizal mempunyai fizikal yang sama seperti itu.
Malah maklumnya, Baby D dilahirkan sewaktu 23 minggu, bukan 24 minggu seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
“Nak bagitahu: Lebih kurang besar nilah baby Sy waktu awal kelahiran haritu.
“Dan sedikit pembetulan, anak sy lahir 23minggu, bukan 24minggu mcm yg Sy maklumkan sebelum ni. Cuma di Malaysia bila anak di NICU serba tak buleh ambil gambar/siarkan. Jadi doakan saja yg terbaik ALLAH SWT izinkan utk anak Sy Muhammad Danial Firman Faizal ye.
"Jangan putus doakan Baby D Sy terus kuat & bertahan hingga dapat jumpa semua orang ye.. Amin,” tulisnya.
Tanggal 19 Mac, genaplah dua tahun usia permata hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat si comel ini di ruang Instagram miliknya yang kemudiannya turut dikongsi kembali diva tersebut.
Kongsi Rozi, dia masih ingat sewaktu Siti mengidam mahukan ABC dan mahu menikmatinya ketika ia masih ‘keras’ dan tidak cair.
Namun lucunya, manisan tersebut hanya dijamah dua sudu sahaja.
“Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
“Ketika dunia menyapamu Kali pertama,
Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. Mak Rozi, 19 Mac 2020.
“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
“Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg.
“Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.
“Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair.
“Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha.
“Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah,” tulisnya.
Rozi pada masa sama turut berdoa agar puteri kesayangan itu membesar sebagai anak solehah.
“Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.
“Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.
Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa disatukan pada Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2017 selepas 11 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...