Oleh kerana menerima pelbagai provokasi daripada netizen baru-baru ini, Rita Rudaini telah tampil bersuara dan meluahkan kemarahannya terhadap segelintir individu tidak bertanggungjawab cuba melabelkannya dengan gelaran yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini Rita memuat naik satu perbualannya dengan netizen ‘makcik bawang’ yang menggelar dirinya ‘tua gedik’ hanya kerana dia menjadi pengacara di sebuah rancangan jualan di televisyen.

‘Sekarang Ni Ramai Sangat Manusia Hati Busuk’ – Rita Rudaini Selar Individu Biadap

IKLAN

Berang digelar begitu, jawapan padu diberikan Rita buat individu tersebut.

IKLAN

“Hari ni Sis rasa terpanggil untuk reply DM yang agak banyak tapi 1 DM ni sis rasa nk reply, orang macam ni sis memang tak faham. Aku tak kenal kau dan kau tak pernah jumpa aku. Tapi kau sakit hati sangat dengan aku apahal bro?

“Aku takde niat nak cakap kasar dengan kau dan perli rezeki kau tapi aku kena cakap jugak dengan orang macam kau ni.

“Orang macam kau ni tak sesuai cakap baik-baik, elok reply sama macam perangai kau. Hmm… dah lama Sis sabar je dengan manusia-manusia berhati busuk kat luar sana, tapi yang ini Sis tak suka lah bila pertikai rezeki yang Sis cari untuk ank-anak.

“So keji ke jadi pengacara bro? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua? Mak bapak kau tak tua? Kau tak kan tua? Kau susah hati sangat kat kerja aku apahal?!

“Sorry la, Sis benci dan meluat dengan manusia2-manusia macam ini. Sekarang ni ramai sangat manusia hati busuk.

“Kau makan apa ek sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang kau tak pernah kenal pon? Kau mentedarah apa ek smpi jadi mcm tu?

“Mak ayah kau mesti suap benda-benda yang baik-baik je dalam mulut kau masa kecik dulu, tapi bila besar tah apa ko mentedarah sampai jadi bangang mcm ni. Istigfar banyak-banyak Sis.

“Bro, pergi minum racun rumput plus clorox bersihkan hati yang hitam tu. Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku. Tak rugi dan tak susah pun jadi baik bro.

“Aku tag kau sebab aku nak bagi pengajaran kat orang lain jugak, jangan busuk hati kat manusia lain, rezeki Allah SWT dah bagi elok dah kat masing-masing,” tulisnya.

‘Sekarang Ni Ramai Sangat Manusia Hati Busuk’ – Rita Rudaini Selar Individu Biadap

IKLAN

Haa, amek kau! Tak pasal-pasal kena tazkirah panjang lebar kan? Bagi MH, mungkin kesabaran Rita memuncak bila baca komen sebegitu. Yalah, penat-penat cari duit nak besarkan anak-anak, sekali kena cop macam itu. Siapa tak marah kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI