Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur kerana perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata juara Dewi Remaja 2014/2015 itu.
Berkongsi detik perkenanan, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu mendedahkan perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
Ads
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.
Mengenai bulan madu dan cahaya mata, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Ads
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil.
Ads
Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil dengan kreativiti tersendiri memberi ucapan raya, artis versatil, Ayda Jebat menggunakan beras dan menyunting video menggunakan kaedah ‘slow motion’.
Perkara itu dikongsikannya di Instagram.
“SE.LA.M.A.T HA.RI. RA.YA From us! Raya masih on kan? Jo nampak handsome disitu. Haha! And Happy Birthday Daddy Mahir!
“Mama cakap lepas ni @nabilmahir dapat adik. Cheetah is coming. Haha! Rawwr.
“Tips : Boleh buat guna duit syiling jugak & tulisan kena terbalik tau! Dan harap bersabar masa shooting ni okay,” tulisnya.
Pelakon drama bersiri Rampas Cintaku, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur di atas kejayaan drama tersebut yang berjaya mencapai lebih 100 juta tontonan sejak ia mula ditayangkan di platform iQIYI pada 23 September lalu.
Terharu dengan sambutan hangat yang diberikan, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, menerusi laman Instagram miliknya berkata kejayaan drama tersebut adalah disebabkan pelbaga faktor seperti kisah penceritaan yang menarik, skrip serta keserasian barisan pelakon yang hebat termasuk promosi berterusan yang diberikan.
“Ini adalah satu pengiktirafan, buat kami yang bertungkus lumus dalam menjayakan drama ni.
“Berbaloi dan hilang rasa penat bila dapat tahu drama kita rating melebihi daripada target malah mendapat kejayaan.
“Kami berbangga sebab ini adalah drama lokal IQIYI Pertama di Malaysia @iqiyimalaysia.
“Syukur Alhamdulillah! Selain daripada kisah yang menarik, skrip yang padu, chemistry barisan pelakon, promosi juga memainkan peranan yang penting,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berpesan agar setiap pelakon tidak perlu berkira untuk terus mempromosikan mana-mana naskhah lakonan mereka agar ia mendapat sambutan penonton.
Namun, dalam berbuat demikian, ada ‘pantang larang’ yang perlu dijauhi agar tidak sesekali meletakkan ‘spoiler’ yang boleh ‘merosakkan’ klimaks kepada sesuatu penceritaan tersebut.
“Sebab tu sebagai seorang pelakon, jangan kedekut untuk mempromosikan karya produksi anda (behind the scenes) – tapi janganlah sampai tersilap posting dan terlebih sampai spoiler cerita tersebut.
“Cukuplah sebagai teaser/behind the scenes untuk bagi penonton excited nak tengok karya kita.
“Dan bila pihak produksi atau tv station bagi clips, rajin-rajin je repost, bukan merugikan kita pun, malah dapat mengigatkan followers kita sebab kadang-kadang depa (mereka) pun terlupa,” tulis Fasha lagi.
Selain Fasha, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi Zarul Husin dan Afieq Shazwan.
Ia mengisahkan tentang kisah gelap seorang lelaki muda yang jatuh cinta pada seorang ahli perniagaan kaya yang lebih berusia daripadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti sedia maklum, Wawa kini sedang menanti detik melahirkan anak ketiganya tidak lama lagi.
Menerusi entri terkini Aeril di Instagram, pelakon tampan itu ada berkongsi kisah isterinya yang kuat berkerja meski sedang berbadan dua.
“Ok la ok la ni yg version sbnr ..Gurau2 sayang.. Kepada isteriku @w4w4_zainal saya tahu awak penat kandung kan baby selama 9 bulan.
“Saya tahu awk penat wlupun awk selalu kata awk kuat, awk bole buat.. saya tahu awk penat kena pegi meeting sana sini.. kerja kuat utk bisnes kita.
“Saya tahu semua tu.. terima kasih syg utk segala nya . Ya ! Kita lelaki tak sekuat wanita. Doakan Di permudah kan urusan isteri saya bersalin nanti.. .Last… lirik lagu tu kata HANYA BIDADARI SEBAGAI GANTI.. tapi awak tiada pengganti @w4w4_zainal,” tulisnya.
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...