“Tahun depan bagi Fattah Amin bintang paling ‘fofular’ guys.”
Demikian antara komen yang ditinggalkan warganet sejurus berita mengenai siaran ‘live TikTok’ yang dilakukan pelakon, Fattah Amin mencetuskan tular di media sosial, pada malam Sabtu.
Difaham ketika sesi tersebut dilakukan Fattah, lebih 55,000 pengguna media sosial TikTok menonton penstriman langsung daripada selebriti itu selain turut menerima 22 juta tanda suka dan hadiah (gift) daripada peminat.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia hanya ingin berbual santai meski tidak tahu cara mengendalikan ‘live’ dengan betul.
Jelasnya, ini juga kali pertama dia membuat penstriman langsung dan sempat memberitahu bakal membangunkan empayar perniagaan sendiri dan mahu melancarkan produk.
Malah menerusi ruangan komen pada hantaran berkaitan di Instagram Sinar Harian, ada juga peminat yang menitipkan dedikasi yang baik buat bapa kepada seorang cahaya mata itu. Antaranya;
“Moga mencurah-curah rezeki Fattah Amin pasni.”
“Tanda kita support Fattah.”
Ads
“Alhamdulillah murah rezeki dia malam tadi. Gift-gift mahal dia dapat. Tapi dia macam buat tak tahu bila paus lalu kat screen.”
“Semoga rezeki Fattah selepas ni lebih luas, amin.”
Imbas kembali, Fattah dan bekas isterinya, aktres Nur Fazura bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada 7 Oktober lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mendedahkan perubahan bentuk badannya sekarang bukan hanya disebabkan amalan diet seimbang semata.
Sebaliknya, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd. Nadzir memberitahu, rasa rendah diri dan berpendapat bentuk fizikal yang hodoh menjadi punca untuk menukar gaya hidup.
“Ramai yang bertanya bagaimana saya menurunkan berat badan. Sejujurnya saya pernah berada di fasa yang betul-betul tidak gembira. Saya rasa diri ini tidak pernah cukup bagus.
“Saya rasa tidak cukup cantik, tidak layak dicintai dan tidak cukup dalam segala hal. Ia membuatkan saya mahu mencuba pelbagai perkara baharu.
“Saya mahu keluar daripada perasaan tersebut dan mahu rasa diri lebih baik. Saya rasa diri ini buruk dan tiada nilai,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanpai radio Sinar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Selain banyak melakukan aktiviti fikizal, Dina turut memaklumkan dirinya hilang selera makan akibat rasa sedih yang melampau.
“Saya mula cabar diri dari segi emosi, mental dan fizikal. Saya selalu mengharapkan ada sesuatu yang berlaku agar dapat menhacurkan diri ini supaya saya ada semangat untuk kembali bangkit.
“Sebaliknya, saya menemukan perkara baharu yang saya suka buat. Saya mula suka matahari, aktiviti berpeluh dan laut biru. Dulu saya benci perkara ini tapi kini saya obses.
“Saya turun berat badan kerana banyak melakukan aktiviti fizikal. Malah disebabkan depresi juga, saya hilang selera makan,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Dina menyifatkan 2024 merupakan tahun di mana dia menemukan kekuatan untuk kembali bangkit.
“Apa yang saya naka katakan di sini, saya tiada diet yang khusus. Saya turun berat badan sebab kesedihan. Namun, saya 2024 merupakan tahun di mana saya mampu melangkaui segala batas,” akhirinya.
Sebelum ini, Dina pernah mendedahkan dirinya berasa sangat sedih selepas pemergian bapa tercinta pada tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dina Nadzir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan, namun situasi tersebut nyata memberi tekanan kepada semua peserta susulan ada kemungkinan lebih daripada seorang yang bakal tersingkir selepas ini.
Lagu ‘Galau’ Maria Bawa Tuah, Datuk Jalaluddin Puji Sue Cantik!
Penghayatan mendalam dengan vokal memukau nyata memberi kelebihan kepada Maria apabila dia menggunguli trofi Emas Berkilau of The Week buat kali ketiga berturut-turut.
Menyampaikan lagu hits daripada Zaiton Sameon berjudul Kabut Serangkai Mawar dengan cara tersendiri, Maria berada di posisi tertinggi di kalangan sembilan peserta lain minggu ini dengan 80.63 peratus.
Bagi Maria, dia mahu membawa lagu berkenaan dengan sebaik mungkin walaupun dia awlanya sebak dan hampir menitiskan air mata ketika membuat persembahan.
Menurut Maria, lagu itu memberi makna mendalam secara peribadi apabila cintanya pernah ditolak sebelum ini.
Dia pada masa sama turut berterima kasih atas sokongan berterusan penonton dan juri awam yang selamat ini tidak pernah putus memberikan sokongan.
Sementara itu, Sue pula memberi saingan sengit apabila meraih markah sebanyak 80.00 peratus menerusi lagu Diam Diam Jatuh Cinta daripada Ramlah Ram.
Lengkap dengan elemen drama dalam lagu, Sue turut menerima pujian juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan ia sebagai sebuah persembahan yang baik dan ‘cantik’.
Budin Lebih Yakin, Penonton Sama Menyanyi
Mengikuti Sue di kedudukan ketiga ialah peserta yang paling mencuri tumpuan, Budin dengan 75.87 peratus yang tampil membawakan lagu Gerhana yang dipopularkan oleh Kembara.
Dapat dilihat, ia menjadi persembahan terbaik Budin sekatat ini selepas menerima komen dan kritikan juri kerana lupa lirik sebelum ini.
Malah, penonton yang hadir ke Royal Theatre Shah Alam juga ‘sporting’ menyanyikan lagu malar segar itu bersama-sama Budin.
Erra secara profesional pula berdiri sambil berkata persembahan sebeginilah yang mahu ditonton semua peminat yang selama ini menyokong perjalanan Budin di Kilauan Emas 2024.
Bijak mengawal pentas sambil mengikut rentak tarian, Erra juga tidak mahu lagi melihat Budin melakukan kesilapan besar dalam persembahan, selain memintanya untuk tampil lebih berkeyakinan.
Sementara itu, Sidi dan Balqis berada di dalam kedudukan lima terbaik semalam dengan markah masing-masing sebanyak 74.57 peratus dan 73.60 peratus.
Lima peserta lain iaitu Wan, Atie, Ron, Gie dan Ina perlu mengambil input positif yang diberikan barisan juri demi memperbaiki kualiti persembahan minggu hadapan.
Vokal Semata Tak Cukup! Persembahan Perlu Seiring
Hakikatnya, vokal sahaja tidak menjamin untuk para peserta terus bertahan dalam saingan sekiranya tidak mempamerkan keupayaan baik untuk menguasai pentas.
Itu aspek yang ditekankan Erra Fazira yang menyifatkan semua peserta sudah ada asas nyanyian, tinggal lagi mereka perlu ‘tajamkan’ kefahaman mengenai gaya persembahan, interaksi dengan audiens dan sebagainya.
Setiap perincian itu diambil kira, mempunyai markah tersendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada vokal sahaja.
Begitu juga dengan kesilapan teknikal seperti lupa lirik atau lari tempo memandangkan kini sudah memasuki minggu keempat.
Sekaligus, para juri kini dalam misi mencari juara baharu Kilauan Emas, bermula minggu hadapan dan seterusnya.
Terdahulu, konsert minggu keempat Kilauan Emas 2024 telah dinilai oleh juri tetapnya, Erra Fazira dan Roy Azman serta aktor berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan di kerusi juri jemputan.
Ia turut diserikan dengan persembahan Linda & Diana Rafar, Ieda & Eddy Moin dan Neves Pretty Ugly.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), setiap Sabtu jam 9.00 malam dan boleh juga distrim menerusi apliaksi Astro Go dan sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Farid Kamil menegaskan dirinya akan mencuba segala yang termampu bagi menyelamatkan perkahwinannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle.
Menurut Farid, dia mengambil maklum mengenai hantaran yang telah dibuat oleh isterinya pada Isnin yang bertegas ingin memfailkan penceraian.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut. Seperti semua sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada malam Selasa.
Katanya lagi, dia masih menyayangi isteri dan anak-anak dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat keluarganya itu.
“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. In sha Allah, doakan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong usaha Farid untuk berbaik dengan isterinya selain turut mendoakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan.
“Alhamdulillah, pujuk Diana balikl lagi demi anak-anak yang masih kecil dan perlu kasih sayang.
“Semoga Allah permudahkan urusanmu Farid. Allah maha segalanya.
“Semoga Farid dan Diana berbaik semula seperti biasa. Bahagia hingga tua.
“Selamat berjuang dan menjadi suami yang bertanggungjawab,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin, Diana mendedahkan dia mahu berpisah dan akan memfailkan penceraian terhadap Farid.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menegaskan dirinya tidak akan termakan dengan sebarang pujuk rayu lagi selepas ini.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos tahun lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.