
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memohon maaf secara profesional susulan pemilihan pakaian yang dikenakan ketika menghadiri Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Menurut Bella, dia amat menitikberatkan soal penampilan dan mengakui kecewa apabila tidak dapat memenuhi jangkaan yang sepatutnya.
“Saya juga ingin memohon maaf dengan seikhlas hati sekiranya penampilan saya menimbulkan rasa kurang selesa.
“Saya dan pasukan tidak dimaklumkan mengenai kod pakaian, sekiranya kami tahu, saya pasti akan berpakaian mengikut ketetapan.
“Saya memang sangat mementingkan penampilan, dan perkara ini turut membuatkan saya rasa kecewa. Saya minta maaf,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Terharu Terima Pengiktirafan
Dalam masa sama, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah turut menzahirkan rasa syukur apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Ibu Muda 2025 pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
“Alhamdulillah, saya benar-benar berbesar hati menerima ‘Anugerah Ikon Ibu Muda 2025’.
“Sejujurnya, saya rasa masih ramai lagi yang lebih layak menerima anugerah ini, namun saya percaya ini adalah rezeki daripada-Nya. Syukur alhamdulillah, saya amat berterima kasih.
“Apa pun, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan.
“Saya masih belajar, terus berkembang, dan melalui setiap langkah dengan penuh rendah diri. Selamat Hari Ibu!,” jelasnya.
Penghargaan Buat Ibu Muda
Untuk rekod, anugerah tersebut disampaikan oleh isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), membawa tema “Sentuhan Kasih Ibu”.
Selain sijil, Bella turut menerima selempang dan sejambak bunga sebagai simbol penghargaan. Turut hadir dalam majlis berprestij itu ialah isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI