Pelakon Elfira Loy memaklumkan dirinya kini telah selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi dalam persediaan untuk menunaikan ibadah Haji.
Menurut Elfira, segala yang berlaku ketika ini seakan mimpi baginya kerana terpilih menjadi salah seorang tetamu Allah yang diberi peluang untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu.
“Perjalanan sangat lancar dan cuaca juga menyenangkan. Saya memang sangat teruja nak sampai ke Tanah Suci.
“Namun sedih. Tak percaya Allah jemput,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Bagaimanapun, Elfira memaklumkan segala urusan saat tiba di Arab Saudi harus dilakukan sendiri memandangkan dia mendapat jemputan pada saat akhir.
“Disebabkan ini jemputan saat akhir daripada Saudi Arabia, jadi semua kena urus sendiri. Visa dan check in counter akan minta kita tunjuk sendiri.
“Tapi semuanya lancar. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Elfira juga membuka peluang buat orang ramai menitipkan doa di akaun Instagram untuk dibacakan di Tanah Suci nanti.
Ads
“InshaAllah akan berangkat kesana bila tiba musim Haji nanti. Boleh je titipkan doa kat sini, nanti inshaAllah saya akan kumpulkan.
“Banyak sangat nak cerita perjalanan Haji ni tapi tu nantilah El cerita okay,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Elfira memperoleh haji yang mabrur.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Ads
“Elfira muda daripada akak tapi Allah sayang Elfira. Allah berkehendak dan Elfira pun berkehendak. Allah maha baik, Elfira pun hamba yang baik. Semoga mendapat haji yang mabrur.
“Semoga El diberikan kesihatan yang baik sepanjang di sana.
“Alhamdulillah menjadi tetamu Allah. Fokus ibadah haji tinggalkan sosial media. Peluang sekali, gunakan sebaik mungkin,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Elfira telah mendapat jemputan khas daripada pihak Kementerian Media Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas penampilan terkininya yang tidak lagi mengenakan hijab mulai menjadi perhatian, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akhirnya mengakui dirinya tidak lagi berhijab.
Malah, katanya seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama.
“Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
“Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya seperti yang dipetik..
Ernisha juga mendedahkan, keluarganya jga sentiasa mendoakan agar dirinya punya kekuatan untuk berhijab sepenuhnya selepas ini.
“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.
“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.
“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu.
“Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” jelasnya lagi.
Sementara itu, gadis ini juga mengharapkan agar netizen tidak lagi terus mengecam, sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa depan.
Ernisha kini turut mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain aktif menerima tawaran sebagai hos.
Foto: Instagram Ernisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi berita sedih bersama peminatnya.
Kongsi Yatt, dia telah mengalami keguguran anak kelima pada petang Selasa.
Lalu, Yatt turut meluahkan rasa sedihatas perkara tersebut.
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
15 September 2020 – Wahai Anak Bonda yg ke – 5 ..
“Tiada rezeki Bonda utk mendakap dan besarkan kamu di dunia spt kakak2 yg lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.. Allah lebih Menyayangimu..Allah lebih Mengetahui..
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi.,
“Kenapa ada ubat CIRIT BIRIT? Sbb sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pd malam sebelumnya.
“Mulanya ingat sakit perut krn keracunan shj. Rupanya ada nak pergi tinggalkan Bondanya.
“Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi.Semoga Allah bagi kuat.Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya..,” tulisnya.
Sekadar informasi, Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Kemudian, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kecoh mengenai keputusan drastik pelakon Emma Maembong yang kini sudah mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung selepas lima tahun mengenakan hijab, status bapa kepada bintang berkenaan, Ismail Embong pula mencetuskan sensasi di kalangan netizen.
Meski tidak menyebut nama mana-mana individu, namun status yang dikongsikan menerusi Facebook kira-kira enam jam lalu itu pantas mendapat perhatian.
Menerusi status berkenaan Ismail mengingatkan golongan wanita agar menjauhi lelaki yang membuka aib.
“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga,” tulis pelukis terkenal itu lalu disambut dengan lebih ratusan komen.
Malah, perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu setakat ini turut menerima lebih 200 perkongsian di aplikasi sosial berkenaan.
Sementara itu, Emma seperti yang dilaporkan turut menjelaskan keputusan yang dibuat adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Keputusan drastik yang dilakukannya itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak.
Foto: Instagram Emma Maembong/ Facebook Ismail Embong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus...