Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap emosi dan mentalnya.
Menurut DS Aliff, dia amat merindukan suasana bercuti di luar negara terutamanya untuk pergi membeli-belah.
“Saya sedih. Hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara. Biasanya hujung tahun tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk shopping.
Ads
“Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik tak tahu berapa lama Covid-19 ni? Dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan.
“Bukan sahaja ekonomi teruk tetapi semua terjejas emosi mental semualah,” tulisnya.
Ads
Kongsinya lagi, dia turut berharap agar wabak ini dapt berakhir dengan segera supaya rutinnya dapat berjalan dengan lancar.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Cuba Bahagia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Tahukah anda, pada tahun 2016, akhbar, Harian Metro pernah melaporkan, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di negara ini mengidap kanser prostat. Sekaligus menjadikan penyakit tersebut sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Kanser prostat merupakan ketumbuhan merbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini dikatakan membiak dengan perlahan sehingga pesakit tidak menyedari sebarang simptom. Bagaimanapun, lama-kelamaan ia akan membesar dan mengililingi prostat.
Lalu, MH berkesempatan menemu bual pelakon dan aktivis sosial, Datuk Hans Isaac bertanyakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.
Menurut Hans, segalanya mampu dicegah sekiranya rakyat Malaysia menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sebagai budaya atau pun rutin.
“Pada usia seperti saya ini, sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun kita kena buat ujian kesihatan. Mungkin sesetengah orang tak biasa tetapi itulah perkara yang paling penting sekali.
“Masa kita muda mungkin isunya tiada tetapi bila kita dah semakin tua ianya harus diberi keutamaan. Pemeriksaan kesihatan berkala ini harus dijadikan budaya. Bila kita dah buat full medical check up, sertakan sekali ujian kanser, marker dan sebagainya.
“Saya pula akan buat pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan Januari. Itu rutin tahunan saya,” kongsinya menerusi perbualan telefon.
Ketika ramai yang menganggap kanser prostat merupakan isu terpencil dan sensitif untuk dibahaskan, Hans mendedahkan kebanyakkan daripada kita sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan.
“Saya tidak rasa topik ini merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebaliknya, bagi saya majoriti daripada kita sebenarnya takut untuk mendengar perbualan tersebut.
“Ada orang yang takut sangat sampai tidak mahu berjumpa dengan doktor kerana tahu penyakit ini boleh meragut nyawa.
“Lebih baik kita tahu mengenai penyakit ini awal daripada terlalu lambat. Sesetengah orang bila dia tahu dia mengalami penyakit kanser ini, mereka menganggap sudah tiada harapan lagi.
“Sebenarnya, jika anda menyedarinya awal misalnya semenjak daripada peringkat pertama, anda masih mampu untuk merawatnya dan masih ada pulang. Tetapi jika sudah memasuki tahap yang ke-4, peluang untuk sembuh agak tipis.
“Bagi orang-orang urban yang duduk di bandar mungkin mereka lebih peka mengenai perkara ini tetapi bagi orang-orang biasa atau yang kurang berkemampuan mereka lihat perkara ini seperti bukan keperluan.
“Sesetengah orang menganggap pemeriksaan kesihatan ni mahal. Bila di peringkat awal ni mereka tidak mahu keluarkan duit, nanti bila dah melarat lagi susah. Lagi banyak belanja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hans turut mencadangkan supaya pihak hospital kerajaan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran dan sekiranya perlu turunlah kelapangan.
“Kita ada hospital kerajaan. Mungkin mereka boleh mempergiatkan lagi usaha kesedaran dan kalau boleh pergilah sehingga ke peringkat akar umbi.
“Pergilah ke kawasan-kawasan kampung atau pendalaman dan buatlah ujian kesihatan di sana.
“Secara dasarnya, bukan semua orang berpeluang untuk mengamalkan kehidupan yang sihat kerana semua itu memerlukan wang.
“Jadi mereka menganggap perkara tersebut tak penting. Sebab itu saya kata kebolehan individu itu berbeza,” akhirinya.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fazura selamat bersalin cahaya mata perempuan hari ini.
Menyifatkan kehadiran ahli keluarga baru bersama suami, pelakon dan penyanyi Fattah Amin sebagai kiraman paling agung daripada Yang Maha Esa, Fazura berkongsi berita gembira itu menerusi entri terkininya di Instagram.
“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.
“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” titipnya.
Fazura turut memberitahu nama dan wajah bayi perempuannya akan dikongsi selepas tujuh hari kelahiran.
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
“Salam sayang dari kami bertiga,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian itu, rakan artis serta para peminat tidak putus-putus menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti ini.
Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juara Ratu Hijabista yang pertama, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman atau lebih dikenali sebagai Qila tidak pernah menyangka dirinya bakal dinobatkan sebagai pemenang program realiti tersebut.
Bagaimanapun, gadis ayu asal Kelantan ini meluahkan rasa syukur dan percaya kejayaan yang dikecapinya atas berkat doa dan sokongan daripada ibu bapa.
“Saya sebenarnya tak pernah menyangka yang saya akan menjadi juara, akan tetapi saya sangat bersyukur kepada Allah SWT dan saya percaya ini semua adalah rezeki yang sudah tertulis.
“Saya percaya kejayaan tidak akan dapat dikecapi tanpa restu dan berkat doa orang tua kepada, selain cuba untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan, alhamdulillah.
“Ini rezeki dan takdir yang sudah ditentukanNya, malah kalau bukan saya pun, rakan lain turut ada potensi untuk jadi juara. Masing-masing ada kelebihan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai hala tuju dan perancangan masa hadapannya pula, gadis berusia 21 tahun mengakui punya minat untuk menceburi dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
“Kalau diberikan peluang selepas sertai Ratu Hijabista, saya ingin mengembangkan bakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
“Jadi dengan pengalaman sedikit yang saya ada ini, InsyaAllah saya cuba untuk fokus dalam bidang tersebut selepas ini,” kongsinya.
Gadis lepasan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) ini berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Tina, Mellya dan Fiffy Afrina untuk bergelar juara sulung Ratu Hijabista.
Dengan kejayaan yang diraih, Qila membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dan selempang.
Program pencarian Ratu Hijabista ini bersiaran selama lapan episod bermula 12 Ogos lalu di saluran Astro Prima dan Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.