Kita sering melihat pasangan selebriti bersama ‘orang rumah’ seperti Fattah Amin, Awal Ashaari, Norman Hakin dan ramai lagi yang sentiasa berkongsi kisah kekeluargaan di Instagram.

Namun, lain pula bagi pelakon Shaheizy Sam yang jarang berkongsi kehidupan harian keluarganya di laman media sosial tersebut.

“Sam sebenarnya sensitif sikit  pasal family ni. Sam tak banyak share benda yang Sam buat and terus upload kat ig. Melainkan benda tu tentang kerja atau shooting lakonan Sam untuk orang nak tahu tentang industi hiburan tempatan,” katanya kepada MH selepas selesai pelancaran filem Polis Evo 2. 

Sedar Diri Tak Romantik, Shaheizy Sam Tak Kisah Tiada Tittle ‘Couple Goals’

IKLAN

Tambah bapa kepada Syeriv Samheizy itu, dia mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang romantik sebaliknya karakternya lebih sebagai suami dan bapa yang penyanyang.

“Kadang-kadang saya terfikir yang saya ni pun bukanlah romantik sangat, nak tenung mata lama-lama. Tapi yang paling penting Sam jenis bapa yang penyanyang untuk Syerif dan suami yang setia untuk Syatilla,” katanya kepada MH di The Gasket Alley, Petaling Jaya. 

IKLAN

Sedar Diri Tak Romantik, Shaheizy Sam Tak Kisah Tiada Tittle ‘Couple Goals’

IKLAN

Filem Polis Evo 2 mula ditayangkan pada 22 November nanti yang turut menampilkan wajah baru dari dua buah negara berbeza seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan Riz Amin (Malaysia).

Manakala pelakon dari Singapura dibarisi Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan dari Indonesia pula, seperti Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Sedar Diri Tak Romantik, Shaheizy Sam Tak Kisah Tiada Tittle ‘Couple Goals’

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI