Jabatan Alam Sekitar (JAS) melahirkan rasa gembira dengan penglibatan golongan selebriti dalam membantu kempen kesedaran e-waste iaitu kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan penduduk di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr Norhazni Mat Sari berkata, penglibatan golongan berkenaan sejak setahun lalu secara langsung membantu menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada khalayak menerusi platform media sosial jabatan dan juga selebriti terbabit.

“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste “Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste

“Kita gembira dan melihat satu perkembangan baik dengan penglibatan para selebriti dalam membantu kempen ini kepada masyarakat awam.

“Sebenarnya sejak tahun lalu kita sudah mula membabitkan golongan selebriti dalam kempen kita. Alhamdulillah ia memberikan satu kesan yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste baru-baru ini sempena Hari E-Waste Antarabangsa yang disambut pada 14 Oktober setiap tahun.

Beliau berkata Fahrin Ahmad dan Bell Ngasri sebagai contoh, memberikan komitmen baik sejak terbabit secara langsung pada tahun lalu dalam beberapa siri kempen dan program mengenai e-waste.

IKLAN

Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua selebriti yang berminat tanpa menetapkan sebarang kriteria asalkan sudi membantu menyebarkan kesedaran mengenai usaha kempen e-waste kepada rakyat Malaysia.

Meskipun kesedaran masih di tahap rendah sejak kempen ini bermula pada 2014, namun saban tahun sentiasa memperlihatkan kadar peningkatan terhadap pengumpulan e-waste iaitu sekitar 100 tan metrik pada peringkat awal meningkat kepada 2,650 tan metrik pada 2021.

“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste

IKLAN

“Bagi tahun ini, sehingga September sebanyak 2,141 tan metrik e-waste berjaya dikumpulkan di seluruh negara. Jumah itu ialah dari 200 pusat pengumpulan yang diperkenalkan di serata negeri,” katanya.

Sementara itu, Fahrin ketika ditemui mengakui pada awalnya dia tidak tidak begitu ambil peduli mengenai e-waste sebelum terbabit sendiri dengan kempen berkenaan.

“Sebenarnya banyak yang saya pelajari mengenai e-waste ini. Barangan elektronik dan elektrik kita seperti telefon bimbit serta televisyen yang rosak tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia memberikan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.

IKLAN

“Malah saya juga dapat banyak DM daripada rakan selebriti dan peminat yang bertanya mengenai perkara ini selepas terbabit dengan kempen e-waste.

“Bagi saya setiap daripada kita boleh memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kempen ini berjaya demi kebaikan bersama seperti di Jepun misalnya yang berjaya menghasilkan pingat Olimpik dari bahan buangan produk e-waste.

“Siapa tahu mungkin selepas ini kalau kita ada apa-apa temasya pun, kita boleh ambil langkah sama yang secara tak langsung menyokong e-waste,” katanya lagi.

“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste“Sebenarnya Banyak Yang Saya Pelajari…,” – Fahrin Ahmad Kongsi, Sama-Sama Sokong Kempen E-Waste

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI