Sering kali dikaitkan dengan imej berani, namun kali ini penampilan sopan Emma Maembong ketika menghadiri majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Sweet Qismina dan Adam Lee mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memperagakan busana kurung moden berona hitam yang disulami dengan songket berwarna kelabu.
Busana yang direka Zamri Mat itu mendapat pujian ramai pengikut Emma termasuk rakan artis seperti Lufya, Natasha Elyzza dan Nelissa Nizam.
“Baju sopan dan cantik, make up curlass! Nampak lain sangat-sangat.
“Love your outfit! So pretty!” tulis sebahagian netizen.
Selain Emma, adiknya, Chacha Maembong yang berpakaian songket rona coklat keemasan turut dipuji ramai.
Ads
Majlis resepsi Sweet dan Adam yang bertemakan songket turut meriah diraikan dengan rakan artis yang lain seperti Elfira Loy, Azira Shafinaz, Jasmine Suraya dan Hun Haqeem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini pelakon Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, Awin Nurin.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah meluahkan rasa perasaan menerusi entri tersebut.
Izzue akui, dia dan isteri sering menerima kritikan negatif daripada netizen.
“Takpelah b, biarkan orang nak cakap2 kat belakang kita tu. kita teruskan je langkah kita dgn bismillah. Semoga Allah lindungi kita ya, Aminn@awinnurin,” tulisnya.
Semalam pelakon Hafreez Adam telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut telah dicuit oleh kekasihnya, Zara Zya gara-gara Hafreez memuat naik gambarnya yang kelihatan seperti memberi tenungan mata yang marah dan tajam.
“Ini pandangan masa shopping byk kan?” tulis Zara Zya
Menerusi laman media sosial Instagram pelakon Nora Danish telah berkongsi beberapa keping gambar ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang, Terengganu.
Terdahulu, keluarga ini juga sempat mengisi masa selama beberapa hari di Jepun.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, Nora tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...