Pelakon, Azrel Ismail tampil membuat ujian saringan selepas mendapati dirinya seperti mengalami beberapa gejala wabak Covid-19 seperti demam, selsema dan batuk, beberapa hari lalu.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan mahu menjaga keselamatan orang lain, Azrel telah mengambil insiatif untuk menjalani ujian saringan terhadap penyakit tersebut.

Selepas menjalani ujian saringan berkenaan, Azrel rasa syukur apabila dia disahkan negatif Covid-19.

“Alhamdulillah i tested Negative Sebenarnya aku dah demam 2-3 hari lepas dengan selesema, sakit tekak, batuk sikit (symptoms2 covid).

IKLAN

“As you i when for shooting, pergi Penang & sometimes semua org aku jumpa so for safe aku decided to do swab test,” tulisnya.

“Dalam keadaan PKP/MCO ni banyak jalan tutup nasib baik @kumpulan_megaklinik_zahran

boleh datang rumah untuk buat swab test.

IKLAN

“So guys please dengan keadaan kes kat Malaysia ni tinggi, KKM sarankan all Malaysian to do covid test just to make sure kita semua safe #staysafe #stayhomestaysafe #kitajagakita,” tulisnya.

“Sebenarnya Aku Dah Demam 2-3 Hari Lepas Dengan Selesema, Sakit Tekak…,” – Alami Gejala, Azrel Ismail Jalani Swab Covid-19 “Sebenarnya Aku Dah Demam 2-3 Hari Lepas Dengan Selesema, Sakit Tekak…,” – Alami Gejala, Azrel Ismail Jalani Swab Covid-19

IKLAN

Sebelum ini, terdapat beberapa rakan selebriti menjalankan tanggungjawab menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kes positif dilaporkan kian meningkat di seluruh negara.

Antara selebriti yang didapati positif sebelum ini termasuk Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah dan Alif Satar.

Gambar: Instagram Azrel Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI