Menggunakan elemen air sebagai konsep persembahannya, persembahan Marsha Milan di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) menerusi lagu Cinta, Ahad lalu kini trending nombor satu di YouTube.

Sehingga hari ini, ia sudah pun menerima hampir 2 juta tontonan di saluran YouTube TV3 MALAYSIA Official dengan disusuli komen pelbagai pelayar.

Rata-ratanya memuji persembahan penuh emosi Marsha selain ramai akui lagu ciptaan suami isteri, Hang Nadim dan Bunga Cantik ini cukup dekat dengan jiwa pendengar.

“Sebelum Ini Dia Hanya Buat ‘Opening Act’ Di AJL…,” – Lagu Cinta Sukses Trending Nombor 1, Ramai Puji Kredibiliti Nyanyian Marsha Milan “Sebelum Ini Dia Hanya Buat ‘Opening Act’ Di AJL…,” – Lagu Cinta Sukses Trending Nombor 1, Ramai Puji Kredibiliti Nyanyian Marsha Milan“Gabungan Marsha, Stacy dan Akim memang mantap dan padu. Tahniah Marsha, Stacy & Akim dan team. Goosebumps. Juara di jiwa peminat. Outstanding performance.”

“Previously she only performed as opening act on AJL but not this year. She aimed and SHE NAILED IT!! BRAVO MARSHA.”

“Suka dengan lirik lagu ni. Kadang-kadang bila kita hilang arah, macam-macam kita buat. Kita ingin mencari Tuhan, tapi kita lupa untuk berdoa atau menutup mata untuk merasai kehadiranNya yang sentiasa ada dekat dengan kita.”

IKLAN

“Marsha has gone a long way as an underated singer. But this grand performance was her way of telling. LIHATLAH DUNIA. Kudos to Akim and Stacy to write such a unique song. Also Tok Ram to conduct a very mystify orchestral arrangement.”

“Teknik nyanyian, penjiwaan, persembahan pentas, dan penampilan yang sebegini yang perlu dikekalkan untuk AJL, supaya masih relevan untuk ditonton. Jika yang lepas ada Dayang Nurfaizah memperkenalkan konsep ini, seterusnya adalah Marsha dan diharap menyusul pendatang yang baru menggunakan konsep MAHAL yang sebegini.”

Itu antara komen yang ditinggalkan pelayar menerusi ruangan komen di YouTube.

IKLAN

“Sebelum Ini Dia Hanya Buat ‘Opening Act’ Di AJL…,” – Lagu Cinta Sukses Trending Nombor 1, Ramai Puji Kredibiliti Nyanyian Marsha Milan “Sebelum Ini Dia Hanya Buat ‘Opening Act’ Di AJL…,” – Lagu Cinta Sukses Trending Nombor 1, Ramai Puji Kredibiliti Nyanyian Marsha Milan

Terdahulu media sebelum ini melaporkan, Marsha pada ketika itu sebenarnya berdepan masalah batuk kesan jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebelum ini.

Dia juga masih dalam proses pemulihan daripada Covid-19 berkata, masalah batuk itu sedikit-sebanyak mengganggu tumpuannya.

IKLAN

“Kalau diikutkan, saya kurang berpuas hati dengan persembahan saya sebab saya menahan batuk. Dalam banyak-banyak malam, malam ini (semalam) saya diduga dengan batuk ini.

“Sewaktu membuat persembahan, tiba-tiba pula tekak rasa gatal. Apapun, semuanya sudah ditentukan,” katanya yang turut menyifatkan persiapannya menuju AJL36 bukanlah satu perjalanan mudah.

Lagu Cinta berjaya menduduki tempat kedua AJL36 melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI