Pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Menurut Saharul, dia sememangnya berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya kesempatan untuk terus memimpin keluarganya itu sehingga ke hari ini.

Katanya lagi, meskipun tiada siapa yang mampu untuk meramal masa hadapan, namum, dia tetap akan berusaha untuk membawa keluarganya itu ke jalan yang diredai Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

“MasyaAllah Tabarakallah. Dah 5 tahun hari ni. 50 ribu tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah dah takdirkan saya akan bersama awak, sebagai suami isteri. Tapi kita tak tahu apa di depan.

“Tapi saya tahu apa yang sy nak sekarang. Saya nak bersama-sama keluarga saya di syurga firdaus, bersama-sama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Kita usaha ye sayang untuk ke sana. InShaaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.” Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.”

Ucapan istimewa itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu seluruh ahli keluarganya ditempatkan di Syurga Firdaus bersama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.” Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.”

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh Saharul dan isteri akan kekal sehingga ke akhir hayat

“Ya Allah, sweetnya kau Rul. Anyway, happy anniversary bro.

“MasyaAllah, what a beautiful couple. Have a great marriage and happy anniversary. Semoga dirahmati dan diberkati hingg ke Jannah.

IKLAN

“Semoga mahligai ini kekal bajagia bersama keturunan sehingga syurga firdaus. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.” Lima Tahun Yang Harmoni, Syahdu Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri – “Saya Nak Bersama Di Syurga Firdaus.”

Terdahulu, Saharul dan isterinya, Deena Amir telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI