Tahniah diucapkan kepada bintang cilik, Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad yang telah diumumkan sebagai juara ‘The Chosen One’ musim pertama sekaligus melakar sejarah sebagai anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia!

Dengan kemenangan ini, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.

Manakala, Putera Muhammad selaku Jurulatih Terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, berjaya menewaskan tiga lagi peserta lain yang bersaing di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.

Masing-masing merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.

Naib juara Khalyn meraih wang tunai RM20,000 manakala tempat ketiga, Dayana dan tempat keempat diberikan kepada Erika.

IKLAN

Sementara itu, warganet rata-rata memberikan reaksi positif atas kemenang Amir Sisi dan kebanyakannya juga tumpang sebak saat melihat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang sebak gembira sejurus keputusan diumumkan.

“Sebak Weh,”  – Amir Sisi Juara The Chosen One, Reaksi Keluarga Sejurus Keputusan Buat Ramai Terharu “Sebak Weh,”  – Amir Sisi Juara The Chosen One, Reaksi Keluarga Sejurus Keputusan Buat Ramai Terharu “Sebak Weh,”  – Amir Sisi Juara The Chosen One, Reaksi Keluarga Sejurus Keputusan Buat Ramai Terharu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


“Sebak wehh…”

IKLAN

“Tahniah Amir, family & cikgu-cikgu yang support perjuangan Amir.”

“Tahniah Amir… rezeki Amir dan keluarga.”

“Congratulations adik amir chomel. semoga lebih menyinar selepas ini.”

IKLAN

“Deserved it.”

Sebelum ini, suara serta personaliti Amir menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral, misalnya menerusi video di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI