Ads

“Sebaik-Baik Manusia Ialah Yang Belajar Al-Quran,” – PU Riz Ajak Orang Ramai Sertai Quranic Madani Di Bukit Bintang

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengajak masyarakat untuk hadir ke program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf yang bakal berlangsung hari ini (Jumaat) di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan secara percuma itu bertujuan menyemarakkan budaya membaca, memahami dan mencintai al-Quran dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

“Insya-Allah, kita pada Jumaat ini bakal mengadakan majlis al-Quran iaitu Quranic Madani supaya kita dapat menghimpunkan seramai mungkin masyarakat untuk bersama membaca dan memahami al-Quran.

“Program ini juga terbuka secara percuma kepada semua,” katanya.

Fokus Bentuk Generasi Cintakan Al-Quran

PU Riz menambah, antara fokus utama program tersebut adalah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun untuk mula menghafal al-Quran menerusi Juzuk 30.

Ads

“Kita mahu memberi peluang kepada anak-anak kecil bermula umur tiga hingga sembilan tahun untuk mula menghafal al-Quran bermula dengan Juzuk 30.

“Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya,” katanya sambil memetik hadis Nabi Muhammad SAW, Khairukum man ta’allamal Quran wa ‘allamahu.

Ads

Ajak Semua Hadir

Dalam masa sama, PU Riz turut menyeru orang ramai agar hadir memeriahkan program yang dijadual berlangsung pada jam 8.30 malam itu.

“Mari sama-sama hadir pada jam 8.30 malam di hadapan Pavilion Bukit Bintang. Kita duduk bersama membaca al-Quran dan menghayati kalam Allah.

Ads

“Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada negara kita dengan mengangkat al-Quran melalui Quranic Madani. Jumpa anda di sana,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Program berkenaan dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha memperkukuhkan kefahaman serta kecintaan terhadap al-Quran di tengah kesibukan kehidupan moden di bandar raya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Tanya Sebabnya, Saya Pun Tak Tahu…,” – Zarul Hormat Keputusan...

Penyanyi, Zarul Umbrella akui turut terkejut apabila rakan pengacara, CK Faizal membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada program audio siar (podcast), Borak Dalam Galley...
error: Hello. Cannot.