Baru-baru ini kecoh apabila bekas pelajar Akedemi Fantasia 2016, Asha Razak menyerang kedai milik ahli kosmetik terkenal, Nur Sajat dek kerana teman lelakinya disyaki membawa wanita lain ke premis tersebut.

Malah, Asha juga turut memuat naik video dia bergaduh dengan pekerja kedai tersebut dan kelihatan ada beberapa insiden terjadi membuatkan pekerja kedai tersebut mengugut untuk memanggil sekuriti.

“Aku datang sini aku nak tahu bukti ‘boyfriend’ aku datang dengan siapa je!! Tapi aku paling bengang bila aku datang sini pekerja kau ni layan orang macam sampah!

“Macam tak reti buat kerja! Buat orang lagi bertambah panas! Kau tengoklah sikit pekerja kau ni @nursajat02. Aku peduli apa viral ke kurang ajar ke!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang viral di media sosial tersebut mendapat perhatian daripada netizen di mana ada netizen mengatakan bahawa itu semua hanyalah strategi pemasaran yang dilakukan oleh pihak terlibat.

IKLAN

Berikutan itu, semalam Sajat memuat naik video di mana dia sedang mengira keuntungan yang diperolehi daripada insiden tersebut.

“Tak faham lah..baru baru ini ada viral pasal minah mengamuk tak tentu pasal isu tentang BF dia datang ke ‘Beautician’ beli produk-produk kami.

“Lepas tu si minah tu sentap tengok resit kantoi uols..mana tak nya,mesti lah jealous tahap petai jering,ia lah kan,bf dia datang ke beautician,buat apa kan?

“Lepas tu main serang-serang jer..nak tengok cctv lah,nak tengok dengan sapa BF dia bawa lah. Adoii! Jangan macam ini dik.

“Sebelum serang ke apa ker,ko tanya betul-betul BF ko, bukan main serang jer. Disebabkan dia, ko buat hal macam ini,tak pasal-pasal ‘income’ hakak masyuk uols! Mesti lah uols!! Product laku keras! Kita pulak produk-produk name semuanya,” tulisnya.

Tak faham lah..baru baru ini ada VIRAL pasal minah mengamuk tak tentu pasal issues tentang bf dia datang ke Beautician beli product2 kami..lepas tu si minah tu sentap tengok resit kantoi uols..mana tak nya,mesti lah jealous tahap PETAI JERING,ia lah kan,bf dia datang ke beautician,buat apa kan?? Lepas tu main serang2 jer..nak tengok cctv lah,nak tengok dengan sapa bf dia bawa lah.. adoii!!! Jangan macam ini dik…sebelum serang ker apa ker,ko tanya betul2 bf ko..bukan main serang jer..di sebabkan dia, ko buat HAL macam ini,tak pasal2 income hakak masyuk uols!!! Mesti lah uols!! Product laku keras!!! Kita pulak product2 name semua nya #letscantikjanganmengata #bbcushionpinkpinkjanganmengata #sabunpinkpinkjanganmengata #serumjanganmengataskincare #janganmengataskincare #letseyelashes #fuhhlensbynursajat #letsbengkungbynursajat #letsgirdlebynursajat dan banyk lagi lah… OF COURSE LAH akan cantik kalau pakai product hakak dik oiii!!! Sajat betul2 tak tahu pasal video VIRAL tu… ini pun baru staf sajat cerita.. adoiii pening lah kepala.. kita kat sini,cuma nak bagi orang cantik!!!! Bagi cantik pun salah,TAK CANTIK PUN SALAH!!! Adoiiiii pening lah.. tak pasal pasal di sebabkan Viral benda tu,terus ramai nak jadi agent… ok lah …sajat nak kira duit jap.. bye bye??‍♀️???????

A post shared by NUR SAJAT Coach Yin (@nursajat02) on

IKLAN

Bagaimanapun, menjawab pada video Sajat tersebut, Asha kemudiannya memuat naik satu insta story di laman IG miliknya.

IKLAN

“Alhamdulillah, disebabkan viral tu ‘sale’ meningkat, tak kisah lah ‘bad marketing’, tak pandai berlakon ke, yang korang layan siapa suruh. Korang juga yang viralkan. Thank you,” tulisnya.

‘Sebab Viral Tu Sale Meningkat’- Respon Asha Razak Terhadap Video Serang Kedai Sajat

Wow! bila baca IG story Asha tu kelihatan macam ‘pergaduhan’ itu seperti strategi pemasaran mereka pulak. Apa-apapun, pada MH isu ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengambil langkah yang lebih efisien.

sumber: IG Sajat dan Asha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI