“Sayu Pagi Ini Bila Dapat Tahu…,” – Kedai Serbaneka Dipecah Masuk, Ebit Lew Dedah Angkara 2 Lelaki

Share

Pendakwah selebriti, Ebit Lew memaklumkan berita sedih apabila kedai serbaneka miliknya telah dipecah masuk pencuri.

Kongsi Ebit, kedai serbaneka yang terletak di Sungai Buloh itu telah dipecah masuk oleh pencuri kira-kira jam 3.30 pagi Khamis.

“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet.

Meskin berasa hiba dengan insiden yang berlaku, Ebit beranggapan setiap perkara yang berlaku ini merupakan satu ujian hidup buat dirinya.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar pencuri berkenaan diberikan hidayah dari Yang Maha Kuasa.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah.

“Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew,” tulisnya.

Diharapkan Ebit tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Semoga pencuri tersebut mendapat pembalasan yang setimpal.

Foto: Instagram Ebit

IKLAN