Pendakwah selebriti, Ebit Lew memaklumkan berita sedih apabila kedai serbaneka miliknya telah dipecah masuk pencuri.
Kongsi Ebit, kedai serbaneka yang terletak di Sungai Buloh itu telah dipecah masuk oleh pencuri kira-kira jam 3.30 pagi Khamis.
“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet.
Meskin berasa hiba dengan insiden yang berlaku, Ebit beranggapan setiap perkara yang berlaku ini merupakan satu ujian hidup buat dirinya.
Ads
Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar pencuri berkenaan diberikan hidayah dari Yang Maha Kuasa.
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah.
“Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew,” tulisnya.
Pelakon dan ahli perniagaan berjaya, Syifa Melvin mengakui dirinya kini lebih memberi fokus terhadap bisnes yang dijayakan bersama adik-beradik, Kekasih by The Melvins berbanding kerjaya seni yang pernah diceburinya sebelum ini.
Meski teruja terlibat dalam seni, Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 24, menambah penglibatannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan berlaku secara tiba-tiba.
“Jujurnya saya terjun dalam dunia hiburan tanpa disengajakan. Awalnya saya hanyalah seorang ‘influencer’ dan pernah menjadi juru solek selama dua tahun.
“Ramai yang tidak tahu ketika itu, saya pernah bangun jam 5, 6 pagi untuk solekkan pengantin, tetapi dilabel sebagai ‘gold digger’.
“Rasanya ia telahan itu tidak wajah dilemparkan pada saya, rasa sakit hati.
“Jadi dalam fasa tersebut, saya ada temani Syatilla ke set penggambaran kalau ada masa terluang dan pada masa sama, saya juga sedang belajar.
“Alhamdulillah saya juga ada dapat beberapa tawaran lakonan waktu itu cuma tidak boleh fokus dengan baik,” katanya.
Tidak mahu terus lenyap dalam seni, Syifa bagaimanapun mengakui akan mempertimbangkan tawaran lakonan andai punya nakshah bersesuaian selepas ini.
“Lalu disebabkan kekangan masa dan bisnes, saya terpaksa dahulukan satu komitmen sahaja. Bimbang kalau fokus pada semua perkara nanti, ia tak kan kemana.
“Buat masa sekarang, saya lebih selesa dikenali sebagai ahli perniagaan. Teruja dengan apa yang dilakukan sekarang.
“Bagaimanapun, sekiranya ada nakshah bersesuaian dan kena pada masa, insya-Allah saya akan pertimbangkan. Cuma keutamaan kini lebih kepada bisnes,” jelasnya.
Terdahulu, Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, pada Rabu.
Pada majlis berkenaan, The Melvins telah melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.
Menzahirkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih hasil sokongan semua pihak, Syifa turut menyambut baik semangat dan kerjasama positif yang diberikan adik-beradik dalam membangunkan bisnens ini.
“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini.
“Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.
“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.
“Ibu dan ayah selalu pesan, apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi.
“Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya lagi.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq mengakui pihaknya ada mengutarakan pertanyaan kepada laman YouTube berkaitan ‘kehilangan’ bilangan penonton (views) terhadap muzik video (MV) artis naungan mereka, Shiha Zikir.
Terdahulu, muzik video terbaru penyanyi berkenaan, AEWO yang dilancarkan Ogos lalu mengalami kemerosoton ‘views’ yang sebelum ini meraih tontonan lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
Bagaimanapun, jumlah tontonan terhadap MV AEWO ‘ghaib’ apabila jumlahnya merudum sehingga 170,000, berbanding catatan tertinggi 381,095 pada hari ke-5 ia ditayangkan.
Malah, sehingga hari ini, jumlah tonton masih tersangkut dan naik secara perlahan.
“Permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.
“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku?
“Adakah ini perkara normal atau ada sesuatu yang tidak kena?
“Tambah musykil, turun naik jumlah tontonan muzik video AEWO ini berlaku secara kerap. Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama.
“Rekod paling rendah adalah 170,000 penonton. Jika hal ini tidak berlaku kemungkinan besar muzik video AEWO sudah mencecah 1 juta penonton sekarang,” katanya.
Ujarnya Fareeq, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.
”TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.
“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.
“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,” katanya lagi.
Sementara itu, Shiha Zikir turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini.
Malah, insiden tersebut turut dikongsikan Shiha melalui akaun Instagram miliknya.
Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun mencecah hampir 350,000 penonton.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.