Pelakon, Yana Samsudin ada berkongsi keadaan suaminya, Fadzil Zahari yang kini dilihat bertambah rajin menjaga anak-anak meski pun sudah lewat malam.

Menurut Yana, sebelum dia melahirkan anak keduanya itu, Fadzil pernah memberi tahu, dia tidak kisah sekiranya mempunyai cahaya mata yang ramai kerana mahu rumah mereka dimeriahkan dengan suara dan telatah kanak-kanak.

Bagaimanapun, selepas kedua-dua anaknya dilahirkan, adik kepada pelakon, Farid Kamil ini berseloroh menukar pendapatnya memiliki dua orang cahaya mata pun sudah cukup memadai buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

 “Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan. Sebelum lahir, “Sayang nak anak ramai..ramai baru meriah rumah kita.

IKLAN

“Bila dah lahir. ” Sayang… yang ada ni pun syukur” ujar Ketua Rumah yang bermata panda. Mesti ramai macam ni kan? tag pasangan anda yang bermata panda itewww,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Wawa Semput itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian daripada Yana itu.

“Sayang, Yang Ada Ni Pun Dah Syukur,” – Yana Samsudin Dedah Suami Pernah Minta Nak Anak Ramai, Tapi Sekarang… “Sayang, Yang Ada Ni Pun Dah Syukur,” – Yana Samsudin Dedah Suami Pernah Minta Nak Anak Ramai, Tapi Sekarang…

IKLAN

Terdahulu, Yana dan Fadzil telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aisy Mateen dan seorang lagi anak perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada November lalu.

Sumber: Instagram Yana Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI