Tiada lagi persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan, rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle kini dikatakan sedang retak menanti belah.
Usaha Farid yang dikatakan mahu menyelamatkan rumahnya tangganya telah ditolak oleh Diana yang bertegas mahu meneruskan proses penceraian.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, Johan As’ari ada berkongsi beberapa foto dan video sewaktu menunaikan umrah bersama Farid serta keluarganya baru-baru ini.
Menurut Johan, posting berkenaan dimuat naik sebagai tanda kenang-kenangan ketika di Tanah Suci, Mekah.
“Kenangan umrah ziarah bersama kekanda yang mulia Farid Kamil dan keluarga. Sayang mereka semua kerana Allah Ta’ala,” tulisnya.
Johan merupakan antara individu yang membantu Farid sekeluarga ketika menunaikan umrah.
Selain foto bersama keluarga, foto yang memperlihatkan Diana sedang memeluk Farid nyata menyentuh hati banyak pihak.
Ads
Menerusi entri yang sama, Johan turut memuat naik sebuah video yang memaparkan Farid sedang memanjatkan doa taubat ketika sedang mengerjakan ibadah tawaf.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Farid dan Diana berdamai serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak 11 tahun yang lalu.
“Sama-sama kita doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan buat Farid Kamil dan Diana Danielle sekeluarga.
“Sebak pula tengok gambar-gambar dan video ini. Saya doakan Farid dan Diana dapat berbincang hati ke hati dan temui jalan untuk pulihkan rumah tangga demi anak-anak.
Ads
“Ya, Allah. Mengalir air mata ini. Semoga yang baik-baik sahaja buat Farid dan Diana. Ya Allah, satulahkan semula dan lembutkan hati mereka.
“Semoga kita semua dalam jagaan Allah. Moga terus kuat dan sabar dalam menghadapi ujian-ujiannya.
“Semoga pengakhiran yang baik-baik buat mereka,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama.
Ads
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Malah, Farid turut mendakwa konflik berpunca akibat orang ketiga, namun Diana menafikan dia curang.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Johan As’ari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran bapa tercinta, Iskandar Azizan.
Titip Cik Piah menerusi Instagram, dia mengharapkan bapanya dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik.
Tambahnya lagi, sebagai anak, pastinya dia mahu berbakti dan membalas jasa orang tua.
“Happy birthday abah,semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik buat abah agar dpt akak berbakti dan membalas jasa abah,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini amat teruja untuk pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Semoga dimurahkan rezeki. Sihat selalu, tunggu kepulangan anakmu di hari raya nanti. Yak yak yeay kita raya johorrrr akak sayang abah,” tulisnya lagi.
Penyanyi Siti Nordiana ada berkongsi satu entri yang cukup menggamit memori. Menerusi Instagram, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Hatiku Milikmu ini ada memuat naik foto bersama komposer senior, Patrick Khamis.
Selain memberitahu lagu berkenaan yang kekal diingati sejak tahun 2001 lalu, Nana turut mengakui lagu berkenaan juga popular di negara jiran.
“Memori berkasih’ lagu yg bertuah untuk nana. Dari tahun 2001 sampai la skang lagu itu yg selalu org request & wajib nana nyanyi kalo nn pegi show mana2.
“Alhamdulillah , yg paling best lagu ni popular sampai Indonesia , malah ramai yg buat cover lagu ni , views nye mencecah jutaan,” tulis Nana.
Pada masa sama, dia juga turut mengakui sentuhan dari komposer berkenaan begitu magical.
“Inilah dia komposer yang mencipta lagu berhantu ini #memoriberkasih . Abg Patrick Khamis . Sentuhan nya magical,” kongsi Nana.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya cukup menggemari lagu berkenaan dan tak kurang yang meminta Nana supaya kembali menyanyikan lagu dari komposer berkenaan.
Memori Berkasih merupakan antara lagu duet popular penyanyi berkenaan bersama Allahyarham Achik Spin.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah lebih 11 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, pelakon Idzham Ismail berkata dia akhirnya puas apabila wataknya sebagai Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya mendapat perhatian ramai.
Menurut Idzham, 35, dia terharu apabila ramai peminat drama tersebut memberikan komen-komen positif selain tertunggu-tunggu wataknya menerusi drama yang diadaptasi menerusi novel Siti Rosmizah Ismail menggunakan judul sama.
“Ini merupakan kali kedua saya dapat pegang watak protagonis (watak baik).
“Novel ini memang popular dan ada kelompok peminatnya yang tersendiri jadi saya agak risau sebenarnya jika tak dapat bawa Ikram mengikut expectation pembaca.
“Namun, Alhamdulillah saya lega bila dapat komen-komen positif yang mana mereka semua suka dengan pembawaan saya untuk watak Ikram.
“Jadi saya harap dengan watak Ikram ini dapat jadi batu loncatan untuk produser-produser berikan watak sebegini kepada saya selepas ini,” katanya kepada MH.
Idzham ditemui di Kay’s Steak & Lobster, IOI Connexion, Putrajaya baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu diberi peluang merasai hidangan terbaharu restoran tersebut iaitu Beef Wellington yang cukup terkenal di negara Barat.
Idzham penggemar hidangan Beef Wellington air tangan Chef Amirul di Kay’s Steak & Lobster.Pengunjung di Kay’s Steak & Lobster dapat menikmati Beef Wellington tanpa ragu-ragu terutama pelanggan beragama Islam selaras dengan konsep Kay’s Steak & Lobster iaitu Halal steak house. Kebiasaannya ‘reduction sauce’ sajian ini mengandungi red wine, namun di restoran ini, ia telah diolah dengan menggunakan blackcurrant sauce sebagai penggantinya yang tidak kurang enak. Berat sajian Beef Wellington ialah 300g.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berterima kasih kepada penulis skrip drama tersebut yang juga merupakan novelisnya, Siti Rosmizah Ismail kerana mencadangkan namanya untuk watak tersebut kepada pihak produksi dan stesen televisyen.
“Selama 11 tahun dalam bidang ini, saya susah diberi peluang untuk pegang watak baik. Selalu karakter jahat macam perogol, kaki pukul diberi kepada saya.
“Siti Rosmizah merupakan orang pertama yang berani push nama saya untuk watak protagonis.
“Bila dah dapat kepercayaan itu, saya memang nak buktikan tak semestinya muka melayu macam ini tak boleh bawa watak lelaki baik.
“Ada orang cakap dengan saya, watak baik kalau kita salah bawa, memang boleh tenggelam.
“Itu adalah satu cabaran besar buat saya tapi Alhamdulillah melihatkan respon penonton, watak Ikram memang sentiasa ditunggu-tunggu mereka sebab dia adalah ‘penyejuk’ dalam drama ini,” katanya lagi.
Selain Idzham, drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Dayang Areeda.
Drama arahan Jamal Khan itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!