Pelakon Daniel Fong atau nama sebebarnya, Daniel Fong Weng Chuan mendedahkan dia terfikir untuk berpuasa pada bulan Ramadan sebagai salah satu cara menghormati budaya serta gaya hidup masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini.

Menurut Daniel, 30, dia sudah merancang berbuat demikian dan turut mendapat galakan daripada rakan artis berbangsa Cina, Dr Soo Wincci yang sinonim berpuasa sepanjang Ramadan.

“Sebelum ini belum berkesempatan untuk berpuasa. Memang nak cuba pada minggu kedua Ramadan selepas pulang dari Jepun atas utusan kerja bersama ibu saya.

“Lebih-lebih lagi ketika ini saya banyak bergaul dengan orang Melayu di set penggambaran dan ramai yang berikan motivasi untuk mencuba.

“Malah Dr Soo Wincci sendiri berikan galakan kepada saya memandangkan kami sama-sama terlibat dalam sebuah projek drama baru-baru ini.

“Terinspirasi bila dia berkongsi setiap tahun cuba berpuasa meski dia bukan beragama Islam. Kita tidak akan dapat merasai pengalaman itu kalau tidak cubanya sendiri.

IKLAN

“Bagi saya tidak salah untuk menghormati budaya serta gaya hidup orang lain. Kita pun tinggal dalam situasi berbilang kaum dan ia sesuatu yang menarik,” katanya.

“Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan “Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan “Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan

Pelakon drama Bintang di samping Ruhainies ini ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Raya Seindah Kasih TV3 yang bakal mengisi hari-hari penonton dengan pelbagai program bermanfaat sepanjang Ramadan di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

IKLAN

“Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan “Sebelum Ini Tak Berkesempatan,” – Daniel Fong Nak Belajar Puasa, Terinspirasi Dengar Dr Soo Wincci Beri Galakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Fong (@danielfongwc)

Dalam pada itu, anak tunggal di dalam keluarga ini menambah, dia terharu atas penerimaan positif peminat setakat ini sehingga diberi peluang menggalas watak utama buat pertama kali di dalam naskhah drama bersiri.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak utama dalam tele-filem seperti Bella Bila Cinta Bersatu dan Mualaf Ekspress, namun untuk drama bersiri, Bintang adalah pengalaman pertama.

IKLAN

“Jujurnya tidak mudah untuk menjadi pelakon, lebih-lebih lagi saya ialah pelakon berbangsa Cina yang bekerja dalam pasaran Melayu. Jadi perlu belajar daripada bawah seterusnya perbaiki lakonan daripada semasa ke samasa.

“Pada masa sama, saya tidak berat mulut untuk bertanya dengan rakan pelakon lain. Memang produksi Cina atau Melayu skop kerjanya lebih kurang sama, tetapi situasi itu sedikit berbeza dan saya kenalah sesuaikan diri,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI