
Uish jarang sekali MH dengar Nabila Huda bersuara tentang industri, selalunya Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ini hanya dengan hal keluarganya.
Namun baru beberapa jam yang lalu, Nabila mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru yang sudah diberi tanggungjawab berat melakonkan sesuatu watak penting dalam sesebuah drama.
Melalui Twitter, Nabila meminta pandangan orang ramai adakah patut seorang pelakon extra atau baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?
Ok,tak kutuk,tapi korang setuju ke pelakon extra,or pelakon baru Di beri watak heavy and main cast untuk slot penting kt tv station?Apa kata bagi dorang chance untuk practice dulu as supporting utk few years baru jadi naik cast.Apa pendapat anda?
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Saya sendiri tengok pun Saya rasa malu sendiri taktau apsal.? Tak skrang ni,dorang yang accept job tu tak rasa apa2 ke eh sebab ishh memang tak sangat.Kosong.Macamana nak explain eh.Korang faham tak??
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Kerana baginya, lebih baik jika ‘orang-orang baru’ ini diberi peluang untuk berlatih belakon dengan watak pembantu dahulu untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu.
Menurutnya lagi, dia sendiri akui dia juga melalui perkara yang sama cuma dia mengambil beberapa tahun untuk sampai ke tahap sekarang.
Saya pun belakon Kayu jugak dulu,cuma saya tak kisah sangat sebab Saya mmg taknak jadi pelakon pun.Takde niat langsung.Alih2 je dah terjebak.Lepas tu,slowly Saya masuk kan minat tu Kat hati Saya.Saya practice dan belajar dgn senior actors,directors for few years utk faham.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Malah ada di antara mereka terpaksa menununggu giliran untuk tunggu siapa paling layak untuk memegang watak utama.
Tapi tu la kan..Itu dulu.Bakat dan quality paling penting.Siap kena tunggu siapa yang layak bwk watak.kdg2 lama juga tunggu producer decide who’s the best.Generasi skarang berbeza.Millions followers,tak boleh nangis takpe,ada eyemo,muka terletak ok go!Haaa macam tu.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Tetapi zaman sekarang semuanya berbeza kerana wujudnya media sosial dan telefon pintar.
Nabila sempat menyoal adakah pemilihan watak utama kini lebih kepada ‘fresh look’, murah, kulit putih melepak dan jumlah pengikut tinggi di Instagram?
Bagaimanapun dia tidak menolak, selebriti yang berkualiti kebanyakannya sudah berusia tetapi jika perkara ini berterusan pasti akan memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air.
Tapi tu la kan..Itu dulu.Bakat dan quality paling penting.Siap kena tunggu siapa yang layak bwk watak.kdg2 lama juga tunggu producer decide who’s the best.Generasi skarang berbeza.Millions followers,tak boleh nangis takpe,ada eyemo,muka terletak ok go!Haaa macam tu.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Adakah pemilihan itu sebab muka fresh,bayar murah,kulit putih melepak dan followers Instagram ramai?Oh nooo!!? Yes faham.Most of pelakon berquality semua dah tua.Tapi Kalau berterusan macam ni,quality drama Kat tv semakin jahanam.Script bagus macamana pun,still rosak cerita tu..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2018
Walaupun begitu, Nabila hanya sekadar berkongsi pendapat dan hanya ingin ajak pengikutnya bincangkan isu ini, tiada niat untuk mengutuk.
Memang ada benar kata Nabila, kadang-kadang kita sendiri tidak kenal siapa pelakon yang baru. Namun bagi pandangan MH mahu atau tidak zaman sentiasa berubah, waktu sentiasa berlalu. Jadi inilah peralihan zaman yang perlu kita terima.
Lebih lagi zaman sekarang media sosial sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Jadi tidak hairanlah mengapa kebanyakan ‘instafamous’ mula mencuri peluang masuk ke dalam industri dan lebih diberi perhatian.
Dan buat pendatang baru, pandai-pandailah cari peluang dan belajarlah dari senior-senior, janganlah pula buat diva pada mereka, nanti digelar bodoh sombong pula, kan?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI