Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi video pendek yang merakamkan aksinya yang sedang membetulkan bahagian hadapan kasut isteri, Datin Azrene Ahmad yang tercabut.
Dimuat naik menerusi Instagram, video spontan itu diambil ketika keduanya menghadiri satu majlis hiburan baru-baru ini.
Maklum bintang berusia 41 tahun itu lagi, isterinya ada mengadu bahagian hadapan kasutnya sudah tercabut dan terkontang-kanting apabila berjalan.
Azrene bagaimanapun memberitahu dia tidak kisah andai ada yang ternampak.
“Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut. Jadi, bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting.
Ads
“Dia kata “takpa abang, adik ok, tak malu pun kalau orang nampak”. Tapi, me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal.
“Saya kata “Adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan cef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Foto:
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan usahawan dan juru solek, Datuk Alha Alfa pada Ahad.
Dilangsungkan dengan meriah di Dewan MINDEF, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, penyanyi Makhluk Penggoda itu turut berkongsi gambar bersama rakan karibnya, Fasha Sandha yang turut berada di majlis sama.
Menariknya di ruangan kapsyen, Sajat ada menyatakan perasaan terujanya buat Fasha yang kini didakwa hamil anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.
“Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa, harus bergambar tau. My lovely cute friend Fasha Sandha dan Elisya Sandha.
“Comel sis Fasha berbadan dua. Nanti ada masa kita lepak sama-sama ya,” tulisnya.
Terdahulu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun keguguran ketika usia kandungan mencecah kira-kira satu bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha bagaimanapun masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi setakat ini mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya kini hamil lagi.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 1 Oktober menjadi detik bermakna buat pelakon Elfira Loy dan suami, Khairol Faris Anuar yang telah selamat menimang cahaya mata sulung.
Sepakat memberikan nama Muhamad Rayyan Khalaf buat permata hati, pelakon filem Rentap itu bersyukur dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya.
“Day 7. Alhamdulillah, he is such a good boy. I feel like crying, I thought it would be harder tapi tak, kadang-kadang El yg kejut sebab rindu.
“Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekrang with this lil munchikin. Terima kasih Ya Allah,”tulisnya menerusi posting di Instagram rasmi anknya, Muhamad Rayyan Khalaf Official.
Elfira,25, pada masa sama turut berkongsi ayat suci Al-Quran yang sentiasa menjadi amalannya ketika hamil.
“Takde rahsia/ tips yg El nak share. But one thing for sure, El tak pernah putus doa dari hari pertama El tahu El pregnant sampai hari Rayyan dilahirkan.
“Baca surah Maryam, Yusuf, Luqman, Alfatihah, 3Qul, bacaan Al-Quran & surah Al-Mulk yg setiap malam ayah & mama baca dalam kereta otw balik yg menjadi amalan & kepercayaan.
“Dah hujung-hujung mama El banyak pesan utk solat tahajud, solat sunat taubat, solat hajat sampai ke nak pilih doktor & hospital pun El istikarah.
“Sebab tu dah week 30 baru El pilih hospital bersalin sebenarnya. Because im scared. Takut tidak mendapat keredhaan Allah.
“Semoga Rayyan sentiasa menjadi anak yg baik (Amin ramai-ramai k),” kongsinya.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Awal hari ini, isteri kepada pelakon Amar Asyraf, Arna Salleh akhirnya tampil membuka mulut, memberi reaksi mengenai situasi yang dihadapi oleh suaminya ketika ini menerusi Instagram.
Terdahulu, nama pelakon lelaki terbabit menjadi perhatian sejak beberapa hari lalu apabila dia didakwa ada menjalin hubungan dengan seorang pelakon teater, Ellika Azman.
Malah, gadis berkenaan membuat pendedahan tersebut menerusi Instagram miliknya. Dakwa Ellika, hubungan bersama lelaki berstatus suami orang itu bermula sejak tahun lalu.
Pada masa sama, Ellika turut mendakwa lelaki berkenaan sebenarnya berkahwin dua dan mereka mempunyai anak.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu yang dimaskudkan Arna ditujukan kepada isteri kedua atau Ellika menerusi entri yang dikongsikan ini.
Untuk rekod, Amar diijakabulkan bersama Arna pada Jun 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.
Foto: Instagram Arna Salleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...