Penyanyi, Liza Hanim mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan penulis atau komposer muda asalkan karya tersebut memiliki kualiti yang tersendiri.
Menurut Liza, dia sebenarnya sangat terkejut bila pertama kali mendengar demo lagu Bahagiakan Dia ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis muda, Alif Iskandar.
Bahagiakan Dia merupakan lagu duet hasil kolaborasi diantara Liza dan penyanyi popular, Sheila Amzah.
“Sewaktu kali pertama saya dengar lagu Bahagiakan Dia, saya tak tahu pun siapa yang cipta sebab saya nak tolak tepi semua perkara itu. Siapa nama dan orangnya itu tidak penting asalkan lagunya bagus.
“Bila dengar, saya memang dah tertarik. Saya cakap kepada pengurus saya yang lagu ini sangat sedap. Kemudian baru saya tanya siapa penulisnya. Bila pengurus saya sebutkan nama penciptanya, ternyata saya tak kenal kerana dia merupakan penulis muda.
“Pada saya, tidak kisahlah sama ada orang baru atau lama, asalkan lagu itu mempu memberi kesan, itu dah cukup bagus. If you’re good, you’re old enough. Mudah je bagi saya. Semua orang harus bermula disuatu tempat.
Ads
“Harapnya ini merupakan satu permulaan yang akan menaikkan terus nama Alif Iskandar. Kami amat bertuah kerana kami merupakan penyanyi pertama yang mendapat sentuhan yang kami boleh sifatkan sebagai karya agung daripada Alif Iskandar,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syahrin Indigo ini juga berharap agar lebih banyak platform dan peluang dapat diberikan kepada komposer muda ini agar industri kita tidak ketandusan karya-karya yang berkualiti.
“Mudah sahaja, bawakan kepada kami material lagu yang bagus. Namun, kalau tiada peluang yang diberikan kepada pelapis-pelapis baharu ini, kita akan mula ketandusan karya-karya yang baik.
Ads
“Kesannya nanti terhasillah benda-benda yang mengarut dan semua penyanyi nak bawakan lagu cover.
Sementara itu, Sheila pula menyarankan kepada para komposer di luar sana untuk lebih mengutamakan kualiti di dalam penulisan mereka berbanding mengejar populariti semata-mata.
“Seperti kita tahu, zaman sekarang ini, aplikasi Tik Tok sangat popular. Kalau kita biarkan perkara ini berlarutan, semakin hilang karya-karya kompleks dan berat ini. Mereka akan lebih memilih untuk kejarkan lagu-lagu berdurasi tiga minit untuk dipasarkan di Tik Tok.
Ads
“Namun, saya tak kata itu satu kesalahan sebab pasaran di Tik Tok adalah untuk semua orang tapi kita kena tahu kedudukan kita di mana. Sebab itu kita kena jadi lebih bijak sebab zaman dah berubah,” ulasnya.
Sekadar informasi, Bahagiakan Dia juga merupakan lagu runut bunyi bagi drama terbaru yang berjudul, Cinta Hilang kata.
Muzik video lagu ini juga kini boleh ditonton di saluran Youtube Indigital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Liza Hanim & Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal, ketabahan dan kesungguhan pelakon Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya dikagumi ramai.
Menurut mereka, Rita antara ibu tunggal wajar dicontohi kerana hasil didikannya, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik termasuk hal-hal berkaitan didikan agama.
Malah, anak sulungnya juga turut membanggakan Rita apabila diterima masuk belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan pada bulan April lalu.
Baru-baru ini, perkongsian sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Rita menarik perhatian netizen apabila dia mencoretkan satu kenyataan yang dilihat cukup menyentuh hati.
“Biar gagal menjadi seorang isteri… yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita.
Dalam video itu juga, Rita turut mengepilkan koleksi gambarnya bersama anak-anak dari mereka kecil hingga sekarang.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Desas-desus khabar berita berhubung hos baru rancangan hiburan popular, Melodi TV3 terjawab apabila Ain Edruce secara rasminya telah menjadi pengacara program tersebut, mulai hari ini.
Ain mengantikan posisi hos terdahulu iaitu Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil yang telah tamat kontrak perkhidmatannya pada minggu lalu.
Pengesahan khabar berita turut dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Melodi TV3.
Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, Abil dilihat ada meninggalkan titipan istimewa buat Ain selain ucapan tahniah daripada peminat.
“All the best @ainedruce !! Love you,” tulis Abil.
“Yayyyy, congrats and love you ain edruce!!!!,” tulis seorang peminat.
“Wow, best and fun.. tahniah Ain!,” titip seorang netizen yang lain.
Sebelum ini, Abil telah mula mengendalikan program hiburan berkenaan sekitar Julai tahun lalu.
Melodi bersiaran pada setiap hari Ahad jam 12.00 tengahari di saluran TV3.
Gambar
Gambar
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ain Edruce, Melodi TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa menganjurkan sebuah majlis ilmu yang diadakan di rumah bapa mentuanya, Datuk Seri Ismail Norbat.
Sebagai tuan rumah, Neelofa dilihat turut mengundang rakan selebriti khusus bagi sama-sama mendapat manfaat menerusi majlis ilmu yang diadakan.
Antara yang hadir termasuk penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Nora Ariffin, Lisadawati, Izara Aishah, Kilafairy dan ramai lagi.
Malah menerusi Instagram, Siti turut memuat naik momen ceramah Ustaz Wadi Anuar.
“Pengajian bersama @ustazwadianuar. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama. Terima kasih @neelofa dan @pu.riz kerana mengundang saya dah suami serta rakan-rakan artis yang lain.
“Semoga Allah SWT berkati dunia akhirat. Amin ya rab,” tulis Siti pada ruangan kapsyen. Video pendek tersebut kini sudah menerima lebih 76,000 tontonan.
Kilafairy juga memuat naik foto kandid sepanjang majlis.
Sebelum ini, majlis ilmu sama telah diadakan di kediaman Siti dan mengikut perancangan, usrah bulan seterusnya akan dilakukan di rumah pelakon, Linda Rafar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...