Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja.
Malah dia pada masa sama, kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir sebelum ini.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan ketika usia kehamilan mencecah dua bulan.
“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual kerja sebaik disahkan hamil.
Ads
“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,”katanya.
Menyentuh mengenai kehamilan, Ayda mengakui berdepan alahan yang teruk selain belum bersedia untuk mengumumkan jantina anak sulungnya.
Ads
“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.
Ads
“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shah Iskandar menyifatkan laluan untuk terus kekal relevan dalam dunia lakonan tempatan tidak selancar yang disangka ramai, apatah lagi dengan kehadiran pelakon baru yang datang dan pergi.
Meski menyedari posisinya sebagai pelakon yang sudah konsisten, namun dia tetap optimis menceburi bidang perniagaan, seiring dengan kematangan dirinya yang kini bergelar bapa kepada seorang cahaya mata.
“Bagi saya situasi tersebut berlaku kepada kebanyakan pelakon sebenarnya. Bukan senang untuk kekalkan diri dalam industri ini sebab akan ada muka baru datang dan pergi, kita juga akan tua. Saya sedar diri.
“Cuma, tidak semestinya kita akan pegang watak hero selamanya. Saya masih boleh ambil atau rebut tawaran lain misalnya watak antagonis.
“Kalau ditanya sama ada saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana sudah tahu ‘job’ berlakon makin kurang, mungkin ia betul. Tetapi saya bagi saya ia lebih kepada untuk tambahkan lagi pendapatan.
“Bila sudah terlibat serius dalam bisnes, sepatutnya saya mulakannya ini sejak lama dulu lagi. Mungkin pada ketika itu belum timbul kesedaran lagi. Sekarang sudah ada isteri dan anak jadi rasa tanggungjawab itu kian besar.
“Masa tengah bujang, pendapatan itu banyak dihabiskan untuk kereta dah motorsikal. Tapi sekarang semua tu sudah pun tak ada, saya hanya miliki keluarga,” katanya.
Shah pada masa sama tidak menolak dia mungkin sudah berhabis ratusan ribu demi hobi tersebut dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam seni.
Bercerita mengenai penubuhan Stesen Seni yang baru diusahakan, Shah menjelaskan penubuhan ruang acara itu khsus sebagai platform buat penggiat seni untuk berkarya.
“Pembinaan Stesen Seni ini adalah dengan usahasama rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Sebagai sebuah pasukan, kami berjaya disiapkan premis ini menggunakan tenaga kerja ahli-ahlinya.
“Stesen Seni ini mempunyai pelbagai fungsi kerana ia boleh dijadikan sebagai ruang acara, lokasi penggambaran, bilik rakaman muzik, studio latihan sehinggalah kepada mereka yang mencari premis untuk mengadakan majlis keraian.
“Malah seiring dengan hasrat untuk berkomuniti, kami mengalu-alukan pembabitan penggiat seni, baik daripada golongan yang dikenali ramai mahupun mereka yang ingin mula berkecimpung dalam bidang seni,” katanya.
Lebih menarik, Stesen Seni turut berjaya mengumpul kumpulan busker sekitar Lembah Klang berlatih dengan latihan asas muzik selain berkolaborasi dengan pihak ‘Canorous’ yang juga sebuah komuniti dengan ahlinya terdiri daripada penyanyi yang bergiat aktif dalam aplikasi Smule.
“Besar harapan saya dan ‘team’ untuk melihat progres baik menerusi Stesen Seni ini. Kalau ada rezeki, saya rancang untuk bukanya sebagai francais.
“Buat masa ini, berikan kami masa untuk fokus betul-betul pada Stesen Seni ini demi memastikan semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang turut terlibat di dalam bisnes ‘homebacked cookies’, Grunchys.
Shah turut terlibat drama bersiri, Hati Yang Dikhianati di samping Amar Baharin, Mona Allen, Isyariana dan ramai lagi yang bakal bersiaran 12 April depan di Astro Prima dan Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila bercakap mengenai filem Titanic, sudah pasti semua mengenali atau menonton filem berkenaan yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Malah, seorang individu yang telah menulis satu twit mengenai sejarah kejadian karamnya kapal persiaran mewah itu yang kini sudah genap 109 tahun.
Menerusi entri berkenaan, kejadian yang menimpa kepada kapal tersebut disifatkan sebagai sejarah kemalangan maritim paling teruk selepas ia karam ketika membuat pelayaran pertama dari Southampton, England, ke New York pada 10 April 1912.
Ketika belayar, telah berlaku pelanggaran dengan bongkah ais gergasi ketika kapal berkenaan merentasi lautan Antlatik pada 14 April 1912.
“14 April 1912 Hari ini genap 109 tahun ulangtahun kemalangan maritim paling teruk di dalam sejarah maritim.
“11.40 malam 14 April 1912 bermulanya kematian yang paling dasyat di dalam sejarah maritime,” tulisnya.
14 April 1912
Hari ini genap 109 tahun ulangtahun kemalangan maritim paling teruk di dalam sejarah maritim.
11.40 malam 14 April 1912 bermulanya kematian yang paling dasyat di dalam sejarah maritim. pic.twitter.com/lzbpzNZsnh
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous meluahkan raysa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberinya kesempatan untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini.
Tambah menggembirakan apabila Fouziah difahamkan berjaya menghabiskan bacaannya itu pada hari sambutan Nuzul Quran.
Menurut Fouziah, dia juga ingin menitipkan ucapan terima kasih buat gurunya yang telah membimbingnya sepanjang proses tersebut berlangsung.
“Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya. Official khatam bersama Ustazah Fadzilah .
“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.
“One picture for my feed untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH,” tulisnya.
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting terkini di laman Instgram.
Dalam pada itu, Fouziah turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai salah satu kenangan paling indah di dalam hidupnya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menyifatkan kejayaan Fouziah ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sedang berusaha untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan ini.
Sumber: Instagram Fouziah Gous
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.