Penyanyi dan pelakon Alif Satar bersikap profesional dan tidak memilih pasangan heroin yang akan berganding sama, termasuk mana-mana aktres yang pernah dikaitkan sebagai ‘penyondol’ rumah tangga selebriti lain.

Menurut Alif, 33, dia terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja menerusi apa sahaja naskhah selepas ini.

“Saya tak pilih heroin, tak profesional (kalau pilih-pilih), saya terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja.

“Saya tidak judge sesiapa, pelakon baru atau lama ke, dia power ke tak power ke.

“Saya terima seadanya (termasuk pelakon yang dikaitkan dengan isu penyondol), tak pernah rasa tercabar sebab isteri saya dah cukup sempurna,” katanya kepada MH.

Alif berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu Yang Cool kolaborasi di antara Al Ikhsan dan Iktikaf Alif di The Curve, Petaling Jaya, pada Jumaat.

IKLAN

IKLAN

Dalam pada itu, Alif juga berkata kesibukan kerja sebagai anak seni serta pelbagai perniagaan yang diusahakannya membuatkan dirinya tiada masa untuk ‘cari insan ketiga’.

“I got no time (saya tiada masa), sambil baca skrip pun fikir pasal bisnes.

“Saya ada macam-macam benda nak kena buat, tak ada masa nak fikir kau cantik (cuba menggatal dengan wanita lain).

IKLAN

“Bila kita kahwin, memanglah situasi turun dan naik dalam bahteri rumah tangga, nak kata kita gembira sentiasa, ada ketika sebaliknya.

“Kita pun ada masalah tapi cuba harungi. Bagi saya itulah perkahwinan,” katanya lagi.

Untuk info, Alif mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid, 39, pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad ‘Ali, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI