Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila suami dan enam anaknya disahkan positif Covid-19. Turut positif virus berkenaan ialah tiga pembantu rumahnya.
Rebecca memaklumkan perkata tersebut menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.
Suaminya, Datuk Norazam Sulaiman bersama-samaenam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, dan Nor Aurora Riana serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.
“Assalammualaikum dukacita dimaklumkan, pada hari ni hari Khamis. Saya MUMMYBECCA mewakili suami serta seisi keluarga ingin memberitahu keluarga kami diserangi penyakit Covid-19.
“Dengan itu saya tersangatlah sedih sekarang ni dan terlalu berdukacita,” tulisnya.
Dia bagaimanapun bersyukur apabila memberitahu dia bersama dua orang lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee didapati negatif.
Turut sama negatif ialah pakcik dan tukang kebunnya selain tiga pembantu rumah lain.
“Tapi apa pun saya bersyukur, alhamdulillah diri saya sendiri negatif dan dua anak saya negatif, syukur.
Ads
“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ni, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit dari yang lain.
“Saya tahu suami saya kuat, insyAllah. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya.
“Doa anda semua saya perlukan, terima kasih, minta maaf dari kami sekeluarga,” tulisnya lagi.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik sekeping foto menampilkan dirinya bersama aktres popular Mira Filzah, Ramona Zam Zam menyelar tindakan seorang netizen yang mengkritik pelakon Pujaan Hati Kanda itu.
Tulis individu tersebut, mata kanan bintang cantik itu seperti juling.
Tegas ibu kepada seorang anak itu, keperibadian yang ditonjolkan individu itu tidak berpadanan dengan komen yang dilontarkan.
“@riniez_azurien wow. Pakai tudung, profile berbahasa arab segala tapi komen pasal org ya Allah hahahahah. K tak tak, bukan komen, tapi tanya.
“Perlukah bertanya soalan mcm tu about someone’s appearance? Kalau mak u mata juling, pastu ada kwn u tanya “wei kenapa mata mak kau juling?” Do you really think Mira has an answer for that?” balas Ramona.
Sebelum menulis komen, fikir dahulu kesan dan akibat kepada insan lain.
Foto : Instagram Ramona Zam Zam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zalif Sidek mendedahkan dirinya telah pun membuat laporan polis berhubung isu namanya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi menjalankan sendiket penipuan atas talian.
Menurut Zalif, individu berkenaan telah pun memperdayakan ramai orang terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp dan Instagram.
“Diorang guna nama aku untuk scammer atau pelbagai agenda jahat! Tolong jangan terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan Polis.
“Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorg menghantar beberapa gambar screenshot akaun instagram Bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan Milik saya.
“Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok nombor telepon pun tak tahu negara mana!
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zalif itu turut menitipkan ucapan penghargaan buat ketua polis daerah Bangi dan Kajang kerana telah memberikan kerjasama yang baik terhadap dirinya.
“Bodoh punya SCAMMER! Mohon semua kawan kawan atau kenalan saya di IG atau media sosial, jom report ramai ramai & semoga korang semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Thank you for detail info @joicietse & my brother @razlandreamarts .
“Thank you so much @pdrmsia_official Ketua Balai Bangi Kajang atas Kerjasama anda. Banyak dibincangkan semalam. Jutaan Terima Kasih @skmm_mcmc @finasmalaysia @instagram .
“Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek takde sebarang akaun lain thank you,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat kepada Zalif agar dia lebih peka mengenai permasalahan ini pda masa akan datang.
Sumber: Instagram Zalif Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semakin ramai selebriti tampil bersuara memberi sokongan moral kepada Haneesya Hanee atas penarikan gelaran juara Dewi Remaja 18/19 semalam.
Sementara menerusi laman Twitter pula, pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa kecewa apabila melihat netizen seolah sakan ‘bersorak’ meraikan kejatuhan seseorang.
Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun tweet yang ditulis seolah-olah menggambarkan situasi yang dialami pelakon muda Cik Reen Cik Ngok Ngek itu.
‘Seriously tak faham this laugh at people when they’re down mentality.
‘Orang tu dah jatuh, ditimpa tangga and here you come to step on that person more. I hope others will be kind to you and your children when your time comes.
‘Because what goes around comes around kan?,’ katanya.
Seriously tak faham this laugh at people when they’re down mentality. Orang tu dah jatuh, ditimpa tangga and here you come to step on that person some more. I hope others will be kind to you and your children when your time comes. Because what goes around comes around kan?
"Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya...