Meski negara sedang berhadapan pandemik Covid-19, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk dirinya menimba ilmu pengetahuan dalam pertanian pula.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, usahawan berusia 34 tahun ini berkongsi sekeping foto, dipercayai ketika sedang menjalani kursus penanaman pokok durian jenis Musang King.

“Ada Jer Ni Tengah Ambil Kursus…,” – Sukses Bisnes, Aliff Syukri Kini ‘OTW’ Nak Jual Durian Pula? “Ada Jer Ni Tengah Ambil Kursus…,” – Sukses Bisnes, Aliff Syukri Kini ‘OTW’ Nak Jual Durian Pula?

Menerusi ruangan kapsyen, usahawan yang pernah muncul menerusi single Ingin Bahagia ini meminta tunjuk ajar dari yang mahir.

“Ada jer ni tengah ambik kusus penanaman pokok musang king dengan mereka yang mahir, sebab kebanyakan mereka yang berjaya menanam durian ni ada orang berbangsa Cina sebab tu saya nak belajar dengan mereka. Cuba teka dusun sy di mana?,” tulisnya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ingin belajar dan semangat ingin berjaya dalam dunia perniagaan yang ditonjolkan oleh usahawan terkenal ini.

“Buatlah Dato tanam pokok durian musang king.. moga terus berjaya dlm biznes ni..,” puji seorang netizen.

“dato nt buah dh menjadi jangan jual harga yahudi plak..,” tulis seorang wargamaya yang lain.

IKLAN

“Baik tanam durian kan dpt buah jual.. Bukan mcm resort, rkyat trkurung xleh nk wak apa,” tulis lagi seorang netizen.

“Ada Jer Ni Tengah Ambil Kursus…,” – Sukses Bisnes, Aliff Syukri Kini ‘OTW’ Nak Jual Durian Pula? “Ada Jer Ni Tengah Ambil Kursus…,” – Sukses Bisnes, Aliff Syukri Kini ‘OTW’ Nak Jual Durian Pula?

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

IKLAN

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Ada Jer Ni Tengah Ambil Kursus…,” – Sukses Bisnes, Aliff Syukri Kini ‘OTW’ Nak Jual Durian Pula?

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI