Setelah terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun, pelakon Datin Danielle meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Besson berkata, dirinya berasa sangat bertuah kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Alhamdulillah kepada semua peminat anugerah ini untuk anda kerana anda menyokong saya selama 20 tahun saya berada dalam industri jadi saya berasa sangat bertuah untuk berada disini.
“Saya sangat gembira apabila dapat anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Gol & Gincu Volume 2. Sebenarnya filem ni saya berlakon untuk seronok-seronok sahaja, tak ada pun saya terfikir untuk menang anugerah ke apa.
Ads
Di samping itu, aktres berusia 27 tahun ini memberi pendapat bahawa setiap pelakon itu mempunya kelebihan yang tersendiri.
“Saya rasa pelakon lain bagus dengan cara yang mereka sendiri dan hanya kerana saya terpilih tak membuatkan saya lebih bagus dari mereka.
Ads
“Mungkin saya rasa watak dan karya itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi macam mana pun, mereka yang lain juga sangat berbakat dan memberi sumbangan kepada industri kita,” katanya kepada MH.
Bagi setiap insan yang bergelar ibu, sudah pasti akan merasai sedih apabila berpisah dengan anak walaupun seketika.
Maklum pelakon Mawar Rashid, dia kini telah kembali ke set lakonan selepas anak pertamanya itu berusia 7 bulan.
Lalu, pelakon berusia 24 tahun ini berkongsi cerita apabila dirinya terpaksa berpisah seketika dengan anaknya untuk melakukan pengambaran drama menerusi Instagramnya baru-baru ini.
“Perasaan ibu yang bekerja…Boleh ke ibu2 bekerja yang terpaksa tinggalkan anak share your feelings and experience? Mawar nak baca jugak.
“So this is what I feel and my experience. Seriously speaking, lepas gave birth to Rafael Mawar tak pernah letak timing bila nak start shooting balik. Pastu Alhamdulillah masa Rafael masuk 7 bulan, Mawar dah start dapat offer.
“So Mawar pun start lah shooting. Sekarang ni Mawar tengah shoot drama #TQCaptain untuk slot #MegaDrama.
“Honestly, bila hari2 ngan baby, pastu kene tinggal dia pagi sampai malam memang akan sedih…balik2 je, kadang2 dia da tido da, tak sempat nak main. Sedih sebab tak dapat monitor anak depan mata, sedih tak dapat guide anak dengan sentuhan/cara kita.
“Tapi syukur alhamdulillah, nasib baik mummy/abai Mawar ada. Sekarang ni Rafael dijaga oleh nenek dia. Tak de la Mawar risau sangat kat tempat kerja..
“My experience, Mawar happy sangat walaupun kurang waktu ngan is Raden kecik ni, bila dia tengok mommy die, memang susah dia nak lepas. Pastu kerja as a pelakon kan memang kita kerja pagi sampai malam almost hari2 lagi2 kalau watak heroin, so cuti tu memang once in a while je.
“So bila cuti je, memang nak ada quality time with Raden Siam ni. Kalau boleh cuti je nak bawa dia pergi mana2 best2. So sekarang ni, mommy tengah shoot kat Kuantan, Rafael happy sangat dapat ikut mommy.
“Boleh chill2 kat hotel ngan Abai dia.. #MawaRadens #ProudMommy Baju mommy from @uniqlomyofficial Baju Rafael from @mothercaremalaysia,” tulisnya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Difahamkan, Mawar kini sibuk di lokasi sebuah drama episod di samping Hisyam Hamid.
Kaki penyanyi Ayda Jebat mengalami bengkak dan lebam selepas terjatuh di atas pentas ketika membuat persembahan penuntup di Anugerah Skrin 2019, pada Ahad.
Menyampaikan lagu Temberang, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, insiden terbabit berlaku dengan pantas namun dia sedaya upaya cuba teruskan persembahan meskipun terpaksa menahan kesakitan.
“Ketika sedang seronok menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.
“Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .
“Saya mohon maaf kalau kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendokan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.
“Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi,” katanya.
Terdahulu insiden yang menimpa bintang berkenaan itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat apabila apabila rata-rata menyatakan kagum dengan cara penyanyi itu mengawal pentas.
Malah, vokal dan penampilannya dipuji ramai. Pada masa sama, Ayda juga dilihat tenang dan tidak gelabah apabila terjatuh ketika rancak menari bersama Santesh malam semalam.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.