Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan meluahkan rasa syukur apabila Jutaan Purnama berjaya mara ke separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34.
Menjadi antara 30 buah lagu yang bakal berentap bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang, bintang itu tidak meletak harapan besar, sebalik bersyukur dan cuba memberikan yang terbaik.
“Alhamdulillah, agak lama juga dah tak merasa benda-benda macam ni. Tapi saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk beraksi dengan genarasi baru dan seangkatan.
“Sejujurnya saya tak berani nak cakap apa-apa cuma saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk semi final nanti.
“Apa yang akan mendatang semuanya di luar kawalan, jadi saya minta peminat Jutaan Purnama dan peminat Alyah mendoakan saya dapat buat yang terbaik nanti,” kata Alyah kepada MH.
Isteri pengarah muzik, Datuk Ramli Ms itu ditemui pada di sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-34, pada Rabu.
Di samping itu, penyanyi asal Gelang Patah, Johor ini turut menyifatkan diri sendiri sebagai pencabar sementelah hampir 5 tahun tidak membuat persembahan di pentas AJL.
“Sejujurnya pencabar saya adalah diri-sendiri, bukan penyanyi lain. Saya sendiri agak lama tak buat persembahan di pentas AJL.
“Kalau ada yang anggap ada lagu lain yang boleh berikan cabaran, peminat ada hak untuk membuat penilaian sendiri,” kongsi Alyah.
Sekadar informasi, kali terakhir Alyah beraksi di pentas AJL29 pada 2015 lalu menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Terdahulu persembahannya untuk lagi Kisah Hati di AJL26 lalu dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik, menewaskan 11 lagu lainnya untuk kategori itu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#JanganBakarChallenge Jadi Pemangkin Kesedaran Menerusi Mesejnya, Semua Orang Perlu Cakna! Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?
Meskipun negara ketika ini sedang berperang melawan pandemik Covid-19, namun, masalah pencemaran udara disebabkan pembakaran terbuka turut dilihat seperti tiada kesudahannya.
Pada Mac 2021, sebanyak tujuh kawasan di sekitar Semenjung mencatatkan status Indeks Pencemar Udara (IPU) sebagai tidak sihat yang meliputi lima stesen di Selangor iaitu Johan Setia dengan bacaan 188, Banting (167), Petaling Jaya (133), Klang (107) dan Shah Alam (104).
Baki dua lagi stesen ialah Cheras dengan bacaan 111 dan satu stesen di Rompin, Pahang (133).
Menurut menteri Alam Sekitar dan Air, punca kualiti udara tidak sihat itu berlaku disebabkan peningkatan kes pembakaran terbuka dalam negara susulan keadaan cuaca panas dan kering bermula pertengahan bulan lalu hingga kini.
Selain pembakaran terbuka, antara faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah pencemaran udara termasuklah daripada asap rokok.
Ramai diantara kita yang terpaksa menghidu bau busuk asap rokok dan mungkin ada tersedut asap yang mengandungi bahan kimia.
Sebagai alternatifnya, bertukar kepada produk bebas asap rokok seperti alternatif heat-not-burn (HNB) dengan secara perlahan-lahan mungkin boleh mengurangkan kemudaratan merokok dan membantu mengurangkan tabiat merokok bagi perokok tegar.
Cakna mengenai isu pembakaran terbuka yang sering berlaku di negara ini, Harm Awareness Association (HAA) telah memperkenalkan satu cabaran di TikTok dan Instagram iaitu “JanganBakar Challenge”.
Inisiatif ini ternyata mendapat sambutan positif apabila pengguna aplikasi itu saling mempamerkan kreativiti dan pada masa sama peka terhadap mesej yang ingin disampaikan.
Objektif yang ingin disampaikan memalui cabaran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai bahayanya aktiviti pembakaran yang tidak terkawal.
Meskipun tarikh tutup cabaran ini telah berakhir, penglibatan anda semua amatlah dialu-alukan sebagai tanda sokongan dan kecintaan terhadap alam sekitar di negara kita ini.
Kredit foto: https://www.shutterstock.com/g/Pitipat , https://www.shutterstock.com/g/chanonnat+srisura , Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Malu Menari Bergelek Di TikTok,” – Penyanyi Emeer Bakri Elak Gimik Buruk, Busuk Nama Keluarga
Penyanyi Emeer Bakri mendedahkan setakat ini dia belum berminat untuk menggunakan teknik pemasaran atau gimik (content) yang bakal memperlihatkan kebodohan dirinya sendiri semata-mata untuk meraih perhatian netizen.
Menurut Emeer atau nama sebenarnya, Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri,27, dia memilih untuk memperkenalkan dirinya dengan cara yang lebih baik demi memastikan bakatnya sebagai anak seni dan single baharu, Fantasia dapat dihargai pencinta muzik tempatan.
“Sebenarnya tak salah nak lakukan sebarang teknik pemasaran. Tetapi janganlah sampai diri sendiri dilihat sebagai kurang profesional.
“Saya sendiri malu untuk menari dan bergelek di TikTok… saya tidak selesa. Sebab jujurnya saya segan nak buat benda-benda macam tu sebab ia akan kelihatan pelik nanti.
“Bila difikirkan balik, itu bukan cara saya. Sebab cara saya untuk promosikan lagu bukan seperti itu. Menari pun saya tak pandai!,” katanya.
Emeer yang pernah menjuarai sebuah program pencarian bakat ketika usianya masih belasan tahun itu juga berharap semoga percaturannya kali ini membuahkan hasil.
Meski percubaan sebelum ini kurang menjadi, namun dia masih lagi optimis memperjuangkan cita-cita atas dorongan kuat keluarga.
“Sejak menyertai dua pertandingan nyanyian, saya ada lancarkan dua buah single. Namun, kedua-dua single tersebut tidak menjadi.
“Tetapi, saya tidak akan pernah berputus asa. Saya harap dengan adanya single Fantasia ini dan teknik pemasaran yang betul menerusi Armani Entertainment Group, kerjaya nyanyian saya akan diberi perhatian, insya-Allah.
“Saya masih tak lelah mencuba pun atas semangat yang diberikan keluarga. Rasa bersyukur dan bertuah kerana dikelilingi mereka yang memahami dan menyambut baik minat kita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Genap 22 Tahun Kelahiran, Ara Johari Potong Rambut Pendek Lagi, Stail ‘Boyish’
Sekali lagi, penyanyi Ara Johari kini tampil berambut pendek.
Malah, Ara yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran ke-22 malam tadi dikelilingi keluarga, sahabat dan peminat.
Dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, majlis tersebut diadakan di Bangi.
View this post on InstagramA post shared by Ara Johari (@arajohari) on
View this post on InstagramA post shared by Ara Johari (@arajohari) on
Turut hadir, ibu bapa Ara dan rakan selebriti seperti Wany Hasrita, Sissy Iman dan Siti Norsaida.
View this post on InstagramA post shared by Ara Johari (@arajohari) on
View this post on InstagramA post shared by Ara Johari (@arajohari) on
View this post on InstagramA post shared by Ara Johari (@arajohari) on
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu, para peminat turut memberikan ucapan istimewa.
Foto: Instagram Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI