Baru-baru ini, band meningkat naik, Kugiran Masdo diberi penghormatan oleh sebuah stesen radio tempatan untuk menjayakan sebuah persembahan tribute bersempena hari lahir penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, persembahan tersebut telah dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa Masdo telah merosakkan lagu nombor satu negara itu.
Nyanyi dah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute, ini penghinaan tahu tak? Sakit betul hati aku tau ? pic.twitter.com/X7D7VC93JD
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Masdo, Ali Sariah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Twitter miliknya malah, turut mengakui kecewa dengan persembahannya pada malam tersebut.
Ads
Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih✌?
“Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka.”
Ads
“Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan memberikan kata-kata semangat kepada Ali untuk memperbaiki kesilapannya itu pada masa akan datang.
Ads
Pada pendapat MH, untuk mencapai standard sama seperti penyanyi nombor satu negara itu amatlah sukar. Namun, percubaan berani Masdo itu tetap wajar diberikan pujian.
Sumber: Twitter Ali Sariah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.
“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.
Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah yang sebelum ini ‘freehair’ kini tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab.
Berkongsi kisah penghijrahannya di laman Instagram, Ezreena yang mula berhijab bermula 1 Mac yang lalu yang juga kebetulan jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk dan Mikraj mengakui sudah lama memasang niat untuk berhijab namun sebelum ini hatinya belum terbuka.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa Yang Membuat Saya Berubah? Kisahnya Begini..” – Ezreena Amir Hamzah
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Syukur Asbab Penghijrahan Allah Beri Kesembuhan Kepada Abang!
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.