ALFA And Friends sudah lebih 20 tahun berada di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pusat ilmiah ini juga telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Program E-Learning Terbaikdi Asia Pacific ICT Award 2015 dan sekaligus mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Namun di sebalik kejayaan ini, pusat berkenaan mendapati masih ramai anak-anak di Malaysia lemah dalam subjek Matematik.
Justeru, pihaknya terpanggil untuk menggalas tanggungjawab ini dengan mewujudkan ALFA And Friends Maths dalam usaha membantu lebih ramai anak-anak Malaysia cekap mengira dan bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah.
“Seperti yang diketahui, Matematik merupakan subjek teras yang sangat penting. Namun acapkali kita mendengar keluhan anak mengenai subjek ini. Susah dan tidak faham antara alasan yang seringkali didengari dan ada juga yang seakan trauma.
“Ramai ibu bapa risau apabila melihat prestasi anak dalam mata pelajaran itu semakin merosot terutama sejak bermulanya pandemik COVID-19. Ibu bapa mulai sedar terdapat banyak cabaran dalam membantu anak dalam menguasai subjek matematik.
“Ia termasuk isu jurang generasiiaitu perbezaan konsep, cara dan teknik menjawab zaman ketika mereka belajar sangat berbeza dengan zaman kini. Ia sekali gusmenyebabkan ibu bapa kecewa kerana tidak dapat membantu anak,” kata Ho Teh Eng selaku pengasas pusat berkenaan.
Ads
Kata Ho lagi, di sekolah, anak-anak diajar dengan pelbagai konsep tetapi tidak dapat dikuasai dengan baik kerana diperkenalkan dengan pelbagai kaedah tetapi tidak diajar secara mendalam.
“Ini membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghafal bagi menyelesaikan soalan Matematik.Kaedah menghafal mungkin berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Namun, apabila soalan menjadi lebih mencabar, mereka yang hanya menghafal ini tidak mampu untuk menyelesaikan soalan subjek itu dan seterusnya menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.
“Hal ini kerana, menghafal bukanlah satu kaedah yang efisien dalam pembelajaran lebih-lebih lagi untuk anak kecil.Trauma terhadap subjek itu di peringkat awal pembelajaran memberi kesan jangka masa panjang kepada mereka.
“Hal ini berlaku kerana mereka dipaksa melakukan latih tubi yang melampau tanpa kaedah pembelajaran yang bersesuain dengan umur mereka. Sudah menjadi lumrah, apabila nak anak pandai Matematik,mereka akan disuruh buat latihan yang banyak, hafal sifir, malah ada yang lebih ekstrim, tak hafal kena denda. Perkara sebegini mewujudkan perasaan benci dan mereka buat kerana takut hingga trauma,” katanya.
Ads
Tambah Ho lagi, apa yang terjadi kini, golongan anak tidak memahami konsep Matematik dan lebih cenderung untuk menghafal cara penyelesaian masalah.
“Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan soalan. Anak-anak akan hilang minat terhadap subjek itu apabila mereka gagal memahami konsep dan tidak yakin dengan pengiraan dibuat.
Ads
“Jika ibu bapa mahu menanam minat mereka terhadap subjek itu, ia perlu mula dari awal. Kini, terdapat pelbagai pilihan program Matematik yang bersesuaian mengikut perkembangan umur anak-anak. Penting untuk ibu bapa membuat pilihan program yang tepat,” katanya.
Ho turut menambah, ALFA And Friend Maths merupakan sebuah program yang memenuhi keperluan pembelajaran si kecil dari usia empat hingga sembilan tahun.
Sementara itu, bagi pelakon yang juga ibu, Memey Suhaiza berpendapat bahawa teknik pemahaman Matematik yang betul untuk kanak-kanak bukan lah sekadar menghafal dan latihan yang banyak.
“Apabila anak saya dah mula sertai kelas program ini, memang saya ikuti. Saya tengok proses pembelajaran berbeza. Ia aktiviti yang membuatkan anak kita seronok untuk mengira,” kata Memey.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hikmah berkahwin dengan wanita muallaf, pelakon Sabri Yunus mendedahkan dirinya kini makin istiqomah dalam mendalami ilmu agama untuk menjadi tempat rujukan buat isterinya, Angeline Tan.
Lantaran itu, Sabri memaklumkan dirinya harus berguru dengan golongan agamawan agar tidak menimbulkan kekeliruan.
“Memang wajib buat saya mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi apabila ingin berkahwin dengan muallaf.
“Sepanjang puluhan tahun kami berkawan, saya tak berani nak bercakap mengenai Islam. Saya risau ia menjadi sensitif dan merenggangkan hubungan.
“Namun, sejak PKP lalu dan ketika kami memutuskan berkahwin, barulah saya berani bercerita tentang Islam. Sejak itu, Angeline banyak bertanya tentang agama.
“Jadi, saya kena buat rujukan. Antara tempat rujukan saya adalah adik saya sendiri yang juga merupakan ustaz,” katanya kepada MH.
Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tuan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia harus membuat rujukan ditempat yang betul agar ilmu tersebut mudah disampaikan kepada isterinya.
“Saya juga ada membuat rujukan di Youtube. Namun, saya kena memilih yang sesuai. Terus terang saya katakan, kebanyakkan ceramah agama kita hari ini hanya sesuai untuk orang Islam dan Melayu.
“Saya perlu cari yang sesuai untuk orang bukan Melayu. Hikmahnya, saya kini jadi lebih rajin cari tahu tentang agama. Kita kena terangkan dengan dalil dan logik.
“Kita tak boleh cakap sahaja sebab Tuhan suruh. Jadi, saya kena perkenalkan kepada dia konsep ketuhanan dan amalan dalam Islam,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini bersedia untuk menjawab pertanyaan orang ramai tentang agama, Sabri berpandangan rujuklah dengan mereka yang lebih pakar.
“Saya tidak bersedia untuk menjawab kepada orang lain. Saya belum berani. Tugas saya sebagai suami adalah untuk menjawab pertanyaan isteri. Jika orang lain bertanya, lebih baik jumpa orang yang sepatutnya.
“Lagipun saya bukan ustaz. Saya tak boleh nak sembarangan bagi penerangan. Saya pun tak nak nanti orang kata saya memandai-mandai,” akhirinya.
Terdahulu, Angeline Tanya Abang Jawab merupakan sebuah program bual bicara santai yang membincang mengenai persoalan-persoalan daripada saudara baharu mengenai Islam.
Program 13 episod ini bakal mula bersiaran pada 18 September ini di saluran TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Plus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada pelakon suara bagi watak Upin & Ipin, Asyiela Putri, iaitu Azhar Ahmad dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 4.00 pagi tadi.
Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque.
Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. pic.twitter.com/6quw0aBitN
“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.
“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulis pengendali akaun tersebut.
Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berharap agar Asyiela dan juga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Untuk rekod, Asyiela telah memulakan kariernya sebagai palakon suara bagi watak ikonik Upin & Ipin sejak tahun 2010 bagi menggantikan pemilik suara asal Nur Fathiah Diaz.
Sumber: Twitter Les’ Copaque
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bangga dengan kejayaan anak, Mohd Dzulhelmy Jamaludin dalam merangkul segulung diploma baru-baru ini, pelakon Datin Seri Umie Aida berasa sebak dan terharu di atas pencapaiannya itu.
Malah, pelakon filem Dukun itu turut memberikan kata-kata semangat buat anak angkatnya itu yang berada di bawah jagaannya semenjak kecil lagi.
“Alhamdulilah… segulung ijazah yang kau genggam hari ini adalah hasil usaha kau yang tak kenal erti “putus asa” ! Tahniah @dzulhelmy22 kegagalan dulu tidak mematikan semangat kau!
“Kau cuba dan cuba.. alhamdulilah.. ibu bangga kerana semangat kau . Itu pengajaran yang mahal yang kau akan gunakan dalam kehidupan seterusnya. Usaha tangga kejayaan & never give up!,” tulisnya.
Turut disertakan ialah beberapa keeping fotosekitar anugerah konvokesyen.
Difahamkan, Zul,25 berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti swasta baru-baru ini.
Terdahulu, Umie mendirikan rumah tangga bersama suami pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Umie juga mengambil anak angkat, Nur Aisya yang dibela sejak berusia 12 hari.
Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Foto : Instagram Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Boy’z dan pelakon asal Hong Kong, Steven Cheung Chi-hang kini berdepan detik sukar apabila diarahkan keluar dari rumah sewanya selepas dilaporkan...